Thursday, July 10, 2008

Simul : 46 - 0!

21 Jun (Sabtu) – Bertempat di dewan SMK Padang Tembak Kuala Lumpur, satu pertandingan catur Simultaneous telah diadakan dengan disertai oleh seramai 41 orang pelajar SMK Padang Tembak dan 5 orang pelajar SMK Puteri Wilayah di bawah program RIMUP. Seorang pemain MSSM Kuala Lumpur, Lim Zhuo Ren dari Sekolah Sri Cempaka telah diundang untuk bermain menentang 46 orang pemain tersebut. Pertandingan ini diadakan sempena dengan Majlis Penutupan Hari Kokurikulum SMK Padang Tembak 2008.
Acara dimulakan dengan taklimat kepada para pemain yang terlibat oleh Arbiter pertandingan iaitu Encik Abd Ur-Rahman Mohd Amin. Selepas semua pemain mengambil tempat masing-masing, pertandingan dimulakan tepat pada jam 9:30 pagi dengan semua pemain akan bermain buah hitam sementara Lim Zhuo-Ren akan bermain buah putih. Pertandingan tamat pada jam 12:30 tengah hari apabila Lim Zhuo-Ren berjaya menewaskan semua 46 orang pemain dan pemain yang terakhir tewas ialah Sivaraj dari 2 Sinar.
Terima kasih diucapkan kepada pengetua SMK Padang Tembak, Puan Rozah Ariffin dan PK Kokurikulum, Encik Abdul Samad Morseh yang telah memberikan kerjasama untuk membenarkan penganjuran kejohanan ini. Begitu juga dengan guru-guru dari Kelab Catur iaitu Puan Awanis Lukman, Puan Zailiza, Puan Nor Liha dan guru-guru yang telah memberikan pertolongan sepanjang kejohanan ini berlangsung. Terima kasih!
Berikut ialah senarai pemain yang terlibat dalam kejohanan Simultaneous :
1. Nur Haidi Che Hassan (5 Cekal)
2. Muhd. Yaakub Mohd Rejab (5 Unggul)
3. Mohd Aliff Fadzlan (5 Cekal)
4. Amirul Asharaf Sulaiman (5 Cekal)
5. Mohd Izzat Saban (5 Cekal)
6. Reno Bastian Nur Syamsi (5 Cekal)
7. Muhammad Haziq Zaharuddin (5 Cekal)
8. Mohd Sholikhuddin Mohd Ridhwan (4 Cekal)
9. Ahmad Ruzaidi (4 Murni)
10. Hanapi Hamansyah (4 Gigih)
11. Geri Saputra Abdul Ghani (4 Taat)
12. Muhd Fadhli Rizwardi (4 Cekal)
13. Ahmed Faizuddin Mohd. Nizam (4 Cekal)
14. Shahrul Amir Ismail (4 Cekal)
15. Azizun Hakim Macfudli (4 Cekal)
16. Muhd Izzham Izzuddin Hassan (4 Cekal)
17. Muhd Akmal Mohd Amin (3 Cekal)
18. Muhd Adam Mohd Yusoff (3 Cekal)
19. Abdul Halim Ayob (3 Jujur)
20. Mohd Firdaus Sharin (3 Jujur)
21. Muhd Danial Iskandar (3 Cekal)
22. Mohd Ikram Abdul Aziz (3 Cekal)
23. Muhd Azlan Syah (3 Perkasa)
24. Mohd Adib Mokhtar (2 Jujur)
25. Sivaraj a/l Sokkalingam (2 Sinar)
26. Mohamad Amer Syafiq (2 Harapan)
27. Muhd Iskandar Abd Rahman (2 Murni)
28. Muhd Afdal Azmeer Yatim (2 Unggul)
29. Mohd Azizan Sabarun (2 Murni)
30. Mohd Azizul Sabarun (2 Ikhlas)
31. Mohd Luqman Fikri Johari (1 Jujur)
32. Mohd Aidil (1 Unggul)
33. Muhammad Izzuddin Abd Rani (1 Ikhlas)
34. Izzat Ameer Che Nadzir (1 Ikhlas)
35. Mohammad Yusof Hamdan (1 Sinar)
36. Nurul Anis Syafawani Jabar (1 Jujur)
37. Nurul Aqilah Abd Rashid (1 Jujur)
38. Afifah Nabihah Mohd Nizam (1 Jujur)
39. Wan Muhammad Harris Ritaudin (1 Yakin)
40. Muhd Imran Hakim Shabudin (1 Jujur)
41. Mohd Daniel Abdullah (1 Unggul)
42. Noor Shahira Abu Hassan (4 Amal, SMK Puteri Wilayah)
43. Nur Azelia Azmi (4 Budi, SMK Puteri Wilayah)
44. Kartini Amirudin (4 Cita, SMK Puteri Wilayah)
45. Salmah Abdul (2 Cita, SMK Puteri Wilayah)
46. Nornatasha Aida Amin Rashid (1 Budi, SMK Puteri Wilayah)
Peserta sedang bersedia untuk mendengar taklimat...



Arbiter sedang memberikan taklimat (apa yang perlu dilakukan apabila kalah :)) sambil diperhatikan oleh Encik Abdul Samad, PK Kokurikulum dan Cik Sharon...

Muka-muka yang ceria sebelum bertanding... turut kelihatan pelajar SMK Puteri Wilayah...

Lim Zhuo-Ren sedang membuli pelajar terakhir yang tidak mahu resign sambil diperhatikan oleh pelajar dan guru-guru... 1 King vs King, Queen, Knight dan 4 pawns... Mengharapkan belas kasihan agar mendapat stalemate...

6 comments:

Anonymous said...

Gomen kudasai.

Anonymous said...

I'm thankful with your blog it is very useful to me.

Anonymous said...

Probably I can say with this blog make, more some interesting topics.

asfaruje said...

Tahniah. Satu acara yang pertama kali diadakan serta berjaya menarik minat pelajar2 untuk berkecimpung dlm permainan ini. Jadikan acara ini sebagai acara tahunan dlm perancangan aktiviti persatuan catur.

anissa3105 said...

Tahniah SMKPT. Walaupun pelajar2 SMKPT 'dibelasah' dengan teruknya tapi semangat tetap ada. A good start for the students.
-awanis-

Anonymous said...

46-0 LOL. Great blog and interesting reading.