Monday, March 14, 2011

Gambar-gambar Pertandingan Catur Zon Pudu Menengah 8-11 Mac 2011

Pertandingan Catur Zon Pudu Menengah, Majlis Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) telah diadakan pada 8-11 Mac 2011 bertempat di SMK Dato Onn. SMK Dato Onn telah menjadi sekolah penganjur zon Pudu Menengah sejak 2005.

Pada tahun ini jumlah peserta telah meningkat kepada 405 orang peserta daripada 25 buah sekolah. Peningkatan ini merupakan satu petanda baik ke arah menjadikan catur satu sukan dan budaya di kalangan pelajar sekolah di Kuala Lumpur dan Malaysia secara amnya.


Penganjur, SMK Dato Onn


Johan kategori lelaki bawah 18: Liew Kwok Han dari SMK Cheras


Johan kategori perempuan bawah 18: Olivia Madhavan dari SMK Seri Bintang Selatan


Johan kategori lelaki bawah 15: Mohamad Faizal B. Roslan Sekolah Sri Garden


Johan kategori perempuan bawah 15: Camilia Bt. Johari dari Sekolah Sri Garden


Gambar-gambar menarik semasa pertandingan dijalankan.

Kategori bawah 15 lelaki dan bawah 15 perempuan di dewan yang sama.


Bawah 18 lelaki

Menunggu lawan yang tidak datang-datang.

Bawah 18 perempuan

No comments: