Sunday, November 04, 2007

Keputusan Individu Pertandingan Catur Luar Musim MSSMKL Menengah

2 Nov. - Bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane telah berlangsung Pertandingan Catur Individu Luar Musim MSSMKL bagi sekolah-sekolah menengah seluruh Kuala Lumpur. Sebanyak 7 pusingan swiss dengan kawalan masa 30 minit telah diadakan selama 2 hari bermula pada 1 Nov. Penyertaan kali ini menarik seramai hampir 120 peserta lelaki dan 60 peserta perempuan. Hanya 2 kategori sahaja dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan perempuan bawah 16 tahun.
Bagi kategori lelaki bawah 16 tahun, pingat emas dimenangi oleh Tan Ken Wei dari SMK Seri Hartamas dengan mendapat 6.5 mata manakala tempat kedua dimiliki oleh Lim Zhuo Ren dari Sekolah Sri Cempaka. Beliau yang merupakan pilihan pertama untuk memenangi kejohanan ini telah dikejutkan oleh Abdul Hadi Abdul Hamid dari SMK St. John pada pusingan ke-4 yang berjaya mencuri setengah mata untuk mendapat keputusan seri. Tempat ketiga pula menjadi milik Thomas Lim Zhi Ping dari SMK Kepong Baru.
Bagi kategori perempuan bawah 16 tahun, Latifah Kaiyisah dari SMK Convent Bukit Nenas telah menjadi johan dengan mendapat 6 mata. Tempat kedua jatuh kepada Chia Yoon Yoong dari SMK Kepong Baru. Meskipun beliau merupakan pilihan pertama kejohanan ini, namun beliau telah dikejutkan dengan kekalahan pada pusingan keempat apabila tewas kepada Nurul Akila dari SMK Convent Bukit Nenas. Tempat ketiga pula jatuh kepada Lee Lee Yin juga dari SMK Kepong Baru.
Pertandingan ini telah berjaya dijalankan dengan baik hasil kerjasama semua pihak yang terlibat termasuklah Unit Sukan MSSKL, Pengerusi Teknik Catur KL (En. Suhairi Husin), AJK Pengelola dari SMK Aminuddin Baki, guru-guru pengiring sekolah, pemain-pemain dan pelajar-pelajar yang bertungkus lumus membantu para arbiter kejohanan. Kepada arbiter kejohanan yang diketuai oleh En Abd Ur-Rahman (SMK Padang Tembak), En Shamsuddin (SK Jalan Hang Tuah 2), Cik Syam Irza (SK St. Mary), En. Marzimi (SMK Desa Tun Hussein Onn), En. Kamarul Zaman (SMK Cochrane Perkasa), En. Aminuddin (SMK Jinjang), Pn. Kannamah (SMK Dato Ibrahim Yaacob) dan Cik Yen Yoon Lee (SMK Desa Petaling), ribuan terima kasih diucapkan kepada kerjasama yang telah diberikan. Kejohanan ini telah diserikan lagi dengan kedatangan FM Alexei Ariskin (Rusia) yang dibawa khas untuk bertemu dan berkenalan dengan peserta-peserta pertandingan.
Berikut ialah keputusan keseluruhan kejohanan :
Individu Lelaki Bawah 16 :
1. (6.5) Tan Ken Wei 2-4. (6) Lim Zhuo Ren, Thomas Lim Zhi Ping, Tham Chee Yin 5-10. (5.5) Justin Ong Way, Abdul Hadi Hamid, Chong Geng Cheng, Lim Jien Min, Alving Leong, Chai Chin Wu 11-20. (5) Lim Kai Yuan, Muhd Khairul Hafiz, Justin Koh, Wo Chang Lee, Yap Seng Fai, Muhd Aminurrasyid, Eugene Yee, Kentson Lee, Aiman Johan, Young Zhen Foug 21-29. (4.5) Wong Sing Yong, Ewe Yap Hin, Yeoh Seng Hou, Wong Tze Yung, Leong Manwyn, Mohd Sakini, Ong Yin Khai, Ahmad Fakhrul Razi, Hanson Ang 30-53 (4) Choo Jen Bhin, Koh Zhuan Khye, Iangran, Leong Kok Hou, Mohd Noramin, Lim Kok Wee, Tan Boon Hoe, Nocholas Ang, Ravin, Chong Jie Xiong, Tan Chu Lam, Tan Ee Beng, Yee Zan Ye, Chan Foo Lian, Chan Sun Seng, Amirul Annas, Muhd Harith, Yap Keng Lim, Syazmeer, Ryan Wong, Muhd Haziq, Joey Khoo, Liew San Yap, Mohd Fariq 54-67 (3.5) Lee Jun Wei, Chai Ming Kang, Leong Kar Soon, Ho Weixing, Choo Jen Ming, Lee Seng Fatt, Lum Tat Wai, Ahmad Syahir, Loo Bai Nian, Ewe Yap Weing, Goh Hui Teck, Zulkalifa Musa, Rusyaidy, Yap Sing Ping.
Individu Perempuan Bawah 16 :
1-3 (6) Latifah Kaiyisah, Chia Yoon Yoong, Lee Lee Yin 4-5 (5.5) Latifah Syamimi, Harwanth Kaur 6-10 (5) Teh Kai Wen, Nurul Akila, Nurul Atikah, Amira Syahira, Tang Ruxyn 11-16 (4.5) Lim I-Vonne, Low May Sean, Rebecca Siew, Syazwani, Eunice Yee, Cheng Sheun Fang 17-28 (4) Ng Joo Ling, Koh Nyat Syen, Adibah Alia, Yulia Gustina, Amira Rizwana, Janet Chan, Kuveraa, Peh Leon, Leong Kah Yean, Shaza Athira, Lee Yap Chen, Siti Mazura 29-32 (3.5) Pang Shi Ngar, Tan She Mei, Herni Patinah, Fiona Khor 33-42 (3) Goh Siau Wei, Ho Wan Loo, Ruth Teo, Nur Nazahiyah, Jennifer Kwong, Brenda How, Kartini Amirudin, Ng Poh Ling, Teo Suet Nie, Diana Nordin 43-49 (2.5) Sandra Tan, Choong Pui Mun, Lim Sok Teng, Nor Shahira, Athirah, Nurul Faizin, Chan Chooi Yoke
* Keputusan penuh akan dihantar melalui pigeon-hole kepada guru penasihat sekolah masing-masing

No comments: