Kami diberitahu bahawa bas akan bertolak ke Kuching International Airport jam 6 pagi! Ramai pemain yang tidur lewat semalam, meraikan kejayaan menjadi juara keseluruhan MSSM. Pegawai yang paling awal menaiki bas ialah... Encik Suhairi! (Takut kena tinggal bas ke?). Ramai pemain yang tak sempat mandi pagi. Tengok muka pun boleh tau siapa yang tidak mandi pagi! Sampai di lapangan terbang, hari masih awal. Kabus masih kelihatan, semakin lama semakin menipis, mentari pagi mula mengeluarkan cahayanya yang ceria, seceria wajah dan hati kami yang akan pulang membawa sebuah kejayaan yang tidak mampu diceritakan dengan catatan ini.
Kapal terbang akan berlepas tepat jam 8:20 pagi. Pemain dan pegawai yang belum bersarapan mula mencari sarapan di lapangan terbang. Bermula jam 8 pagi, semua penumpang sudah mula check-in. Agak kelam kabut kerana sarapan belum selesai. Ketika check-in, macam-macam gelagat yang kelihatan. Pihak kastam memeriksa beg yang akan dibawa dengan tangan ke dalam pesawat. Maklumlah, di Sarawak macam-macam ada, macam-macam barang yang dibeli. Ada yang terbawa barangan larangan, dan terpaksalah barang itu dimasukkan ke bahagian luggage. Tanduk rusa pun ada! Pesawat berlepas lewat sedikit dari masa yang tertera di atas tiket.
Tengah hari, kami semua selamat tiba di KLIA. Selamat tinggal Bumi Kenyalang, selamat tinggal kenangan indah, selamat tinggal MSSM 2007, jumpa lagi tahun hadapan!
No comments:
Post a Comment