"Saya semakin yakin akan terus mampu mengekalkan kejuaraan ini pada masa-masa akan datang. Meskipun saya akan terus dicabar hebat oleh GM Armanov dan GM Sudinov, saya yakin akan tetap mampu menewaskan mereka. Antara kami berempat, hanya dibezakan dengan jurang perbezaan yang kecil sahaja, dan sesiapa sahaja di kalangan kami mampu menewaskan antara satu sama lain," komen GM Suhairov sebaik sahaja dinobatkan juara zon Keramat.
Kejohanan ini merupakan antara pertandingan selingan di Zon Keramat. Terdapat ramai IM dan FM yang ingin menyertai kejohanan ini, tetapi hanya GM sahaja yang dijemput untuk bermain di kejohanan ini. Antara hadiah menarik untuk kejohanan ini ialah tajaan makanan ayam goreng percuma di Restoran Melati Curry House pada setiap malam minggu selama sebulan. Jumpa lagi di kejohanan akan datang!
No comments:
Post a Comment