Thursday, April 03, 2008

Keputusan Pertandingan Berpasukan (Menengah)

Tarikh : 1 dan 2 April 2008 (Selasa dan Rabu)
Tempat : Dewan Sri Cochrane, Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane
Bilangan Pusingan : 5
Kawalan Masa : 25 minit
Jumlah Pasukan : 24 pasukan lelaki bawah 18 dan 22 pasukan perempuan bawah 18
Tahniah diucapkan kepada Sekolah Sri Cempaka dan SMK Kepong Baru yang berjaya mempertahankan kejuaraan yang diperolehi pada tahun lepas!
Bagi kategori Perempuan Bawah 18, SMK Kepong Baru yang turun sebagai juara bertahan telah menurunkan 4 orang pemain terkuat mereka iaitu Chia Yoon Yoong, Teh Kai Wen, Lee Lee Yin dan Eunice Yee. Sementara pencabar terkuat mereka dari SMK Convent Bukit Nenas pula telah membariskan Latifah Kaiyisah, Latifah Syamimi, Nurul Akila dan Nurul Atikah. Kedua-dua sekolah ini telah bertemu pada pusingan kedua dengan keputusan yang amat mendebarkan apabila Latifah Kaiyisah hanya mampu seri dengan Chia Yoon Yoong, begitu juga dengan Nurul Akila yang seri apabila bertemu Lee Lee Yin. Teh Kai Wen telah memberikan kelebihan kepada SMK Kepong Baru apabila menang ke atas Latifah Syamimi namun Nurul Atikah berjaya menjadikan kedudukan mata kembali sama apabila menewaskan Eunice Yee. Selepas pertemuan itu, kedua-dua pasukan mempamerkan kehebatan masing-masing apabila menewaskan pasukan lain dengan mata 4-0. Hanya Sekolah Sri Garden yang berjaya mencuri setengah mata dari SMK Convent Bukit Nenas, begitu juga dengan SMK Convent Sentul yang berjaya mencuri setengah mata dari SMK Kepong Baru. Akhirnya, SMK Kepong Baru yang mendapat 17.5 mata telah dinobatkan sebagai juara mengatasi SMK Convent Bukit Nanas yang hanya dibezakan dengan mata Buchholz. Tempat ketiga menjadi milik SM Sri Garden yang mendapat 13 mata.
Bagi kategori Lelaki Bawah 18, pasukan Sekolah Sri Cempaka yang dibarisi oleh Lim Zhuo Ren, Justin Koh, Lim Jien Min dan Wong Sin Han telah berjaya mengatasi semua pasukan lain dengan mendapat 18 mata, kurang 2 mata daripada mata penuh iaitu 20 mata. Tempat kedua jatuh kepada SM Methodist Wesley dengan mendapat 13 mata diikuti oleh SMK Jinjang dengan mendapat 12.5 mata.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan kejohanan ini terutamanya sekolah penganjur iaitu SMK Aminuddin Baki, Unit Sukan KL, guru-guru pengiring, pegawai kejohanan, arbiter, pelajar-pelajar yang bertugas, para pemain dan tidak dilupakan juga pihak MCF yang telah membekalkan program Swiss Manager untuk digunakan pada kejohanan kali ini.

Keputusan penuh adalah seperti berikut :




















No comments: