Thursday, July 10, 2008

Kejohanan Catur Terbuka MBSS Kali Ke-3

5 Julai (Sabtu) – Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Lelaki, satu Pertandingan Catur Terbuka MBS Kali Ketiga telah diadakan. Ia terbahagi kepada 4 kategori iaitu kategori bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 19 tahun. Setiap kategori menawarkan hadiah dari tempat pertama hingga tempat kelima belas, serta hadiah pemain perempuan terbaik dan tiga hadiah untuk pemain terbaik MBS.
Kejohanan telah dijalankan dengan jayanya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebanyak 6 pusingan telah dijalankan, iaitu 3 pusingan sebelah pagi dan 3 pusingan lagi selepas makan tengah hari. Kejohanan telah tamat pada jam 4:30 petang dan 40 pemain yang memenangi cabutan bertuah turut diberikan hadiah.
Kategori bawah 10 tahun telah dimenangi oleh Mohd Faizal Roslan, kategori bawah 12 tahun telah dimenangi oleh Mohd Daniel Iskandar, kategori bawah 15 tahun telah dimenangi oleh Yeap Eng Chiam sementara Yew Chor Kuan pula telah memenangi kategori bawah 19 tahun.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru dan para arbiter yang diketuai oleh IA Lim Tse Pin dan Encik Suhairi Hussin serta ahli jawatankuasa pelajar yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Berikut ialah keputusan pertandingan :
Keputusan Bawah 10 Tahun
Keputusan Bawah 12 Tahun
Keputusan Bawah 15 Tahun
Keputusan Bawah 19 Tahun
Kategori Bawah 12 Tahun, kelihatan Albert Ang, Daniel Iskandar dan Low Hong Jin.

Kategori Bawah 10 Tahun, Maisarrah NA vs Aziz Farhan NA... Turut kelihatan Mohd Faizal Roslan...

Kategori Bawah 15 Tahun, Yeap Eng Chiam mendapat 6 mata penuh tanpa dapat dicabar mana-mana pemain...

Kategori Tertutup Arbiter peringkat akhir ( FIDE Norm ) Encik Suhairi vs Marcus Yeoh ( Bekas Juara Dunia Atas 90 kg ) , Andrew Ooi menjadi arbiter kehormat kejohanan atas arahan FIDE...


Andrew Ooi sedang berbincang dengan IA Lim Tse Pin... Suhairi @ Marcus patut menang?

Tse Pin : I think we better choose Marcus.
Andrew : No. I prefer Suhairi.
Tse Pin : Marcus is .... . That's why I think we better choose him
Andrew : But, Suhairi is ......
Tse Pin : We better decide now.
Andrew : No. We better wait for Greg.
Tse Pin : No way man.

No comments: