Sunday, July 20, 2008

Lim Zhuo Ren ( Great Captain ) 2008

Lim Zhuo Ren dipilih menjadi kapten MSSKL 2008 untuk kejohanan MSSM 2008 di Melaka.
Gambar ini disiarkan semula untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada MSSKL untuk menghadapi cabaran pada masa yang akan datang. Kenangan yang sangat manis apabila menjadi negeri yang pertama mempertahankan kejuaraan semenjak catur diadakan semula pada 2004 di Labuan.

Lim Zhuo Ren dipilih berdasarkan senioriti dan ketokohan beliau serta sikap tanggungjawab yang begitu tinggi beliau miliki.
Zhuo Ren memastikan anak-anak buahnya berada dalam keadaan yang selesa sedangkan beliau sendiri keletihan dan kepenatan.
Sejak berada dalam pasukan pada tahun 2005, beliau merupakan individu yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada guru dan rakan-rakan. Dalam pasukan yang mempunyai berbagai bangsa dan agama, beliau sentiasa menunjukkan contoh yang patut diikuti oleh lain-lain pemain catur.
ITULAH DIA LIM ZHUO REN YANG SANGAT MSSKL BANGGAKAN.

From left : Zhuo Ren , GM Samsuddin Mat Isa, GM Suhairi Van Huizen, En. Nordin ( Unit Sukan MSSKL ), GM Abd Ur Rahman, Khausal ( 2007 captain )




Dari kiri : Cik Syam, Cik Khairiza, Cik Greg, Suhairi,Ustaz, Pn Aliza, Samsudin & Rezal
( Dynamic duo )

Sejak 2005, MSSKL memilih Greg Lau sebagai jurulatih kerana ........






Boleh lihat di riak wajah mereka betapa gembiranya

mereka setelah berjaya bertungkus lumus berpadu tenaga untuk mempertahan kejuaraan yang mereka miliki pada tahun lepas.

Dalam gambar : Yap Ern Yee, Pavithra, Joo Hui, Izz, Yeap Khuan Yee, Tan Ken Wei dll
di Stadium Hang Tuah , Melaka.

TAHNIAH..

No comments: