Friday, October 24, 2008

Anugerah Juara-juara MSSMKL 2008

Majlis anugerah juara-juara anjuran unit sukan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan pada 23th Oktober 2008 (Selasa), bertempat di restoren di atas Menara Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan untuk merakamkan penghargaan dan anugerah kepada atlet-atlet dan pegawai-pegawai sukan yang terlibat mendapatkan pingat emas dalam pertandingan MSSM pada tahun ini.



Menara Kuala Lumpur.



Pemandangan yang cantik dapat dilihat dari Restoren Berputar di atas Menara Kuala Lumpur(ketinggian 250m dari tapak Menara Kuala Lumpur).







Pengerusi Teknik Catur MSSMKL merangkap Pengerusi Majlis, Encik Suhairi Hussin. Gambar kecil di belakang ialah Puan Noriah, pegawai dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) Kuala Lumpur.



Juara-juara Catur MSSMKL yang meraih emas (Lelaki bawah-12 dan Perempuan bawah-18)




Pasukan lelaki bawah 18


Barisan jurulatih MSSMKL 2008 (Rezal, Shamsuddin dan Abdur Ur Rahman)




Terdapat pelbagai aktiviti dan tempat-tempat yang menarik di kawasan Menara Kuala Lumpur. Terdapat banyak lutong (sejenis monyet berekor panjang) di kawasan Menara Kuala Lumpur.




Video seekor lutong sedang makan roti yang diberi oleh seorang pekerja dari Menara Kuala Lumpur

Flying Fox kepada sesiapa yang berani.



Antara aktiviti yang menarik di Menara Kuala Lumpur. Terdapat banyak lagi perkara-perkara yang menarik di Menara KL.



Akhir sekali, terima kasih dan jumpa lagi.

1 comment:

Anonymous said...

kenapa 3 orang guru tangkap gambar mesti masukkan tangan dalam seluar?