Saturday, November 15, 2008

Lim Zhuo Ren TERTEWAS Di SMK Raja Abdullah...

Tarikh : 4 November 2008
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah
Jenis Pertandingan : Simultaneous chess game
Peserta : 41 orang Pelajar SMK Raja Abdullah
Keputusan Pertandingan : 2 Peserta berjaya mengalahkan Lim Zhuo Ren, 39 yang lain telah tewas kepada Lim Zhuo Ren
Nama Pemenang :
1.Khoo Kong Hwi 5A
2.Tan Eng Chung 5A

Tahniah kepada SMK Raja Abdullah kerana telah berjaya mengadakan pertandingan ini. Tahniah juga kepada mereka kerana 2 orang pemain mereka telah berjaya menewaskan Lim Zhuo Ren. Lim Zhuo Ren yang kepenatan kerana baru sahaja tiba dari Sarawak pada jam 2 pagi pada hari yang sama, terpaksa bangun awal pagi untuk ke SMK Raja Abdullah bagi memenuhi jemputan untuk mengadakan pertandingan catur simultaneous.
Tahniah juga kepada Lim Zhuo Ren di atas kecemerlangan beliau semasa menyertai pertandingan catur Sarawak Open yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 3 November baru-baru ini. Pertandingan ini yang juga merupakan Fide Rated tournament telah dimenangi oleh NM Kamal Abdullah, sementara Lim Zhuo Ren yang diletakkan sebagai pilihan ke-21 telah mendapat tempat ke-5 keseluruhan daripada 76 orang peserta. Begitu juga dengan Tan Ken Wei yang telah mendapat tempat pertama bagi pemain bawah 16 tahun dalam pertandingan tersebut. Syabas!

2 comments:

Anonymous said...

KL players very good. No such thing like this in other states

Anonymous said...

syabas! LZR