Friday, May 15, 2009

Terima Kasih Yang Tidak Terhingga...

Saya ingin merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha menjayakan sebuah majlis perpisahan untuk saya yang telah diadakan di Hotel Equatorial, Bangi pada 9 Mei (Sabtu) yang lalu. Untuk makluman, saya akan berhijrah kembali ke negeri asal saya, Perak Darul Ridzuan untuk mencuba pengalaman baru di UTP bermula pada 1 Jun 2009.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Johari dan Puan Zureen (ibu bapa kepada Qistina dan Camilia, pemain catur MSSKL) yang telah sudi menaja majlis tersebut, bermula dari makan tengah hari sehinggalah kepada sesi penyampaian hadiah serta sesi bergambar. Saya rasa amat terharu kerana majlis ini bukanlah selayaknya untuk saya semata-mata, tapi yang penting ialah untuk meraikan semua pihak yang telah terlibat membantu MSSKL dalam pertandingan catur MSSM.

Untuk makluman semua, majlis tersebut telah dihadiri oleh pemain-pemain catur MSSKL, PTPS catur KL En Suhairi, jurulatih dan ibu bapa. Harapan saya, ini bukanlah majlis yang terakhir dari MSSKL untuk saya. Saya berharap agar majlis ini akan menjadi pencetus kepada Majlis Reunion / Appreciation yang akan diadakan pada setiap tahun untuk meraikan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan MSSKL dan bertungkus lumus untuk berjaya di peringkat MSSM.

Bagi saya, Pertandingan Catur MSSM mempunyai nilai sentimental yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat saya. Segala kenangan pahit dan manis bersama pasukan Kuala Lumpur, bermula pada MSSM 2005 di Batu Pahat, Johor sehinggalah kepada MSSM 2009 di Kelang, Selangor akan tetap terpahat dalam hati saya selama-lamanya.

Menjadi guru pengiring ke MSSM bukanlah sekadar untuk makan angin, tetapi adalah untuk memastikan KL menjadi Juara Keseluruhan! Sepanjang seminggu MSSM berlangsung, kami barisan jurulatih akan menganalisis permainan pemain dan pemain yang bakal ditemui, menjaga kebajikan pemain, latihan pada setiap malam, menjaga sarapan makan tidur mereka, memotivasikan pemain, selepas itu analisis game, tidur (mimpi chess), bangun tidur, analisis game, analisis result, key-in game, key-in result, pairing, analisis, analisis, analisis, chess, chess, chess.... (tidak lupa juga bermain blitz sesama guru untuk menghilangkan tension!) Sangat memenatkan, namun menyeronokkan!

Tangisan air mata pemain yang kalah, tawa dan senyuman pemain yang menang, riuh rendah suara ketika latihan, semuanya akan menjadi memori terindah buat saya, yang akan saya rindui setiap tahun berlangsungnya MSSM.

Masih terbayang-bayang di depan mata saya, ketika berada di MSSM Batu Pahat 2005, bagaimana rasa manisnya merangkul johan keseluruhan MSSM (dan juga betapa sedapnya nasi bariyani kambing gam) dengan mengaut 6 pingat emas daripada 12 pingat emas yang dipertandingkan (kejayaan yang sangat sukar untuk diulang buat kali kedua!). Kejayaan pasukan KL ketika itu banyak dibantu oleh 2 orang tonggak utama dalam pasukan iaitu Soon Wai Cheong dan Siti Zulaikha Foudzi serta dibantu oleh barisan jurulatih termasuk Gregory Lau.

Ketika MSSM 2006 di Kuala Terengganu, MSSKL sekadar menjadi Naib Johan Keseluruhan di belakang Selangor. Walau bagaimanapun, MSSM 2007 di Dewan Suarah, Kuching, Sarawak menyaksikan banyak peristiwa menarik berlaku kepada pasukan KL. Pada pusingan keempat, keputusan keseluruhan jatuh hampir 50% iaitu hanya 12.5 mata daripada 24 pemain yang bermain. Saya rasa sangat penat dan saya akui, perasaan yang sama juga pasti dirasai oleh pemain yang lain. KL mula bangkit semula pada pusingan kelima dan berjaya mendapat 19 mata, dan seterusnya memberi keyakinan kepada pemain untuk berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan MSSM. Hampir kesemua pemain menunjukkan prestasi yang membanggakan terutama pasukan lelaki. Lim Zhuo Ren dan Justin Ong masing-masing merangkul emas dan perak acara individu bawah 15! Yeap Eng Chiam hampir-hampir hilang pingat emas acara individu bawah 12!

MSSM 2008 di Ayer Keroh, Melaka telah menggunakan format baru dengan 36 pemain. Juara keseluruhan juga ditentukan dengan kiraan mata setiap pemain. Alhamdulillah KL telah dianugerahkan Johan Keseluruhan buat kali kedua berturut-turut. Kejayaan KL banyak bergantung kepada keputusan acara berpasukan.

MSSM 2009 di Kelang, Selangor menjadi medan terakhir buat saya bersama MSSKL. Sekiranya dilangsungkan pada bulan Jun, sudah pasti saya tidak dapat pergi ke MSSM. Sebelum MSSM 2009 bermula lagi, saya sudah mengetahui tarikh pemergian saya ke Perak. Namun, saya keberatan untuk memaklumkan tentang perkara ini kepada kontinjen KL kerana saya takut ia akan mengganggu persiapan pasukan. Meskipun KL mendapat Naib Johan pada tahun ini, namun ucapan tahniah saya kepada seluruh kontinjen KL, ibu bapa, barisan jurulatih (Gregory Lau, Collin, Jax Tham, Ian Udani, Lim Tse Pin, Mok Tze Meng) dan guru-guru kerana telah melakukan yang terbaik, dan itulah kemenangan yang sebenarnya! Sesungguhnya, kelebihan Kuala Lumpur terletak pada komitmen dan hubungan yang baik antara ibu bapa, jurulatih dan guru-guru.

Terdapat pemain yang pernah bersama dengan saya bermula dari MSSM 2005 hingga MSSM 2009. Lim Zhuo Ren (Kapten Terbaik KL!), Tan Ken Wei, Yeap Eng Chiam, Muhd Izz, Adeline Gan, Teh Kai Wen, Wong Jianwen, Albert Ang dan ramai lagi. Kepada semua pemain yang pernah mewakili KL, nama anda akan tetap terpahat dalam memori indah hidup saya. Kepada pemain yang telah meyampaikan hadiah dan kad kepada saya baru-baru ini, ribuan terima kasih saya ucapkan. Tidak sempat saya balas segala pemberian kalian. Bukanlah itu yang saya harapkan dari anda semua, namun segala pemberian dari anda semua tetap saya hargai dan akan saya simpan sebagai kenangan terindah hidup ini.

Moga kita bertemu lagi dalam majlis-majlis yang akan diadakan pada masa akan datang. Teruskan usaha anda untuk menjadi yang terbaik di Malaysia dan persada antarabangsa, dan moga-moga kelahiran anda dalam dunia catur akan menjadikan dunia catur di Malaysia ini lebih berwarna warni. Good luck for your exams, PMR and SPM. KL is always in my heart. Keep in touch!

From : Ustaz Abd Ur-Rahman (SMK Desa Petaling, 2004-2007, SMK Padang Tembak, 2007 - May 2009, MSSKL 2005-May 2009!)

P/S : "The greatest gift is not found in a store nor under a tree, but in the hearts of true friends."

Life ends; when you stop Dreaming,
Hope ends; when you stop Believing,
Love ends; when you stop Caring,
And Friendship ends; when you stop Sharing...!!!



15 comments:

Anonymous said...

ya. this one also want to tell ha. selangor did many things but quiet only ma.

Anonymous said...

apesal mulut macam buntut ayam je org yg antar comment yg first ni ek

Anonymous said...

comment yg ke 2,pasal la suka intai state lain buat aktiviti,kaki dengki tul,pi belajar kesopanan dulu...ckg sufia.... ! CKG zazaluma....!TGK2 LA ORG AWAK....

Anonymous said...

thats coz kl people actually care about their teachers.

Anonymous said...

we are the champion. no matter what people said. 2009.

uganda said...

we have our own story but no need to tell anyone. all this rubbish

Anonymous said...

wah. bestnya. Ada orang belanja makan di hotel

Anonymous said...

aih, if you dont like reading blogs then fark off la then. go google its definition if you seriously were thinking that this website is supposed to contain all the kl plans for next years mssm. we're not idiots.fark.off.

Anonymous said...

its a freaking blog. do you know what youre supposed to expect in a blog?

http://en.wikipedia.org/wiki/Blog

have a nice day, retard.

Anonymous said...

tqvm, ustz rahman,wish u n fmly hpy all the time,take care... tq ,tq , tq tq , .... !!

Anonymous said...

A HAPPY BELATED TEACHERS DAY! TO ALL TEACHERS OF MSSMKL WHOM HAS GREATLY CONTRIBUTED TO THE CHESS SCENE FOR THE LAST 6 YEARS.
"SO MANY OWED SO MUCH TO SO FEW"
(SIR WINSTON CHURCHIL)

Anonymous said...

Even at the most busiest days of our time,we must at times paused and through reflection of our yesteryears, we should give thanks to those who has sacrfices and given part of their life to the benefits of helping children to realised their potential and dreams. One i know for sure is Cikgu Rahman of MSSMKL.Happy Belated Teachers Day! Cikgu Rahman! What you do today will echoes through eternity.

Anonymous said...

blast KL

Anonymous said...

yes... terima kasih yg x terhingga kpd mr johari n pn zurin,moga anda sekeluarga d limpahi rezeki,dan rahmat ILLAHI.budi baik anda kan jd ingatan.

Anonymous said...

Very useful question