Sunday, November 22, 2009

Salam Dari Tronoh...

Develop Pieces vs Develop Pawns

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Musim cuti sekolah datang lagi. Tahniah kepada semua murid-murid yang mendapat keputusan peperiksaan UPSR baru-baru ini. Walau apapun keputusan anda, yang penting jangan cepat putus asa atau berpuas hati dengan apa yang ada kerana masih banyak lagi peperiksaan yang akan dihadapi pada masa hadapan. Kepada yang sedang menghadapi peperiksaan SPM dan STPM, didoakan selamat berjaya.

Terima kasih kepada Pengerusi Teknik Catur MSSMKL, Cikgu Suhairi yang masih mengizinkan saya untuk menulis dalam blog ini lagi, meskipun saya sudah hampir 6 bulan meninggalkan KL. Terasa banyak kenangan untuk dikongsi. Tahniah kepada guru-guru MSSMKL yang telah berjaya menjalankan banyak program sebelum cuti sekolah baru-baru ini.

Kali ini saya ingin berkongsi satu permainan yang telah dimainkan di MSSM 2009 baru-baru ini. Permainan ini merupakan permainan pusingan pertama bagi Pertandingan Catur MSSM 2009 Individu Lelaki Bawah 15 yang berlangsung di Kelang, Selangor. Yeap Eng Chiam berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan tersebut. Pusingan 1 menemukan beliau dengan pemain dari Perak. Mari kita lihat apa yang terjadi dalam permainan itu...

Yeap Eng Chiam - Koh Chuan Hong [C61] Ruy Lopez
16 Mac 2009, Pusingan 1, MSSM Individu Lelaki bawah 15.

1.e4 e5 2.Nf3 Nc6 3.Bb5 (Gambar)
Eng Chiam memilih untuk bermain Ruy Lopez ataupun dikenali juga dengan nama Spanish Opening.

3...Nd4

Kebiasaannya hitam akan bermain 3...a6 ataupun 3...Nc6. Di sini, hitam memilih untuk bermain Bird's Defense. Gerakan ini telah dipopularkan oleh Henry Bird pada lewat kurun 19.




4.Nxd4 exd4
(Gambar)
Jarang-jarang kita lihat pemain tertinggi peringkat GM untuk memilih Bird's Defense. Berdasarkan kedudukan pawn, kita boleh membuat kesimpulan awal bahawa kedudukan pawn putih adalah lebih baik dari hitam. Putih sudah mempunyai 1 piece yang sudah develop, tetapi hitam masih belum lagi mengeluarkan mana-mana piece. Putih sudah mempunyai sedikit kelebihan dan sepatutnya tiada masalah untuk mengekalkan kelebihan ini.

5.0–0 c5
Satu pilihan yang menimbulkan banyak persoalan. 1) Mengapa hitam perlu protect pawn di petak d4? 2) Mengapa hitam perlu halang laluan Bishop hitam di petak f8? 3) Mengapa perlu develop pawn dan bukannya piece? Antara pilihan yang pernah dimainkan oleh GM ialah 5...Bc5 (Morozevich, Ivanchuk, Short, Nunn) dan 5...c6 (Khalifman). Khalifman juga pernah mencadangkan idea untuk bermain 5...h5 (Untuk kawal petak h5 dari digunakan oleh Queen putih diikuti oleh ...Nf6-g4/...Nf6-h7 petak yang ideal untuk knight?)

6.a4
Mungkin Eng Chiam mempunyai idea tersendiri tentang gerakan ini. Namun yang lebih baik ialah untuk develop, e.g 6.d3 untuk membuka laluan Bishop c1 untuk keluar.

6...g6
Hitam masih ingin develop pawn. Mungkin lebih baik baginya untuk develop piece e.g 6...Ne7.

7.Qf3 (Gambar)
Eng Chiam mengambil peluang dari kedudukan pieces hitam yang belum develop. Di sini juga putih boleh memilih untuk develop terlebih dahulu e.g 7.d3.

7...Bg7
Akhirnya, selepas 6 gerakan, barulah hitam mula mengeluarkan bala tenteranya!

8.Bc4
Checkmate di petak f7? Eng Chiam bermain simple dan fokusnya ialah untuk mengambil peluang di atas kesilapan hitam yang lambat develop pieces dan castling!
8...Qf6 9.Qe2 a6 (Gambar)
Hitam terasa terganggu dengan kedudukan Bishop putih di petak c4 dan cuba mengacaunya. Sekali lagi hitam sepatutnya mengambil peluang ini untuk develop piece bukannya pawn! eg. 9...Ne7 dan bersedia untuk castling.

10.d3

Gerakan yang sepatutnya dilakukan awal-awal lagi. Mungkin dalam kedudukan Queen di petak e2 ini putih boleh terus mencuba 10.e5!? (Diikuti oleh Re1, d3, Bg5 dll dan seterusnya menyukarkan hitam untuk develop pieces) Sekiranya 10...Qxe5? 11. Qxe5 Bxe5 12.Re1 d6 13.f4 memerangkap Bishop. Untuk selamat hitam sepatutnya castling awal dan Queen hitam tidak boleh makan pawn putih di petak e5.

10...Ne7 11.f4
Eng chiam mula bersedia untuk menyerang. Sasaran pertama ialah menguasai petak e5. Putih juga cuba membuka laluan f-file untuk digunakan oleh Rook.

11...d6
(Gambar)
Sepatutnya hitam perlu ambil peluang untuk castling sebelum terlambat! Hitam cuba melindungi petak e5 sambil membuka ruang untuk Bishop c8 bernafas... Pawn, Queen dan Bishop hitam sedang berusaha mempertahankan petak e5 dari dicerobohi oleh pawn e4...

12.e5
Petak e5 menjadi medan pertempuran untuk putih menceroboh masuk ke kawasan hitam...



12...dxe5 13.fxe5 Qxe5
(Gambar)
Putih hilang 2 pawn sementara hitam hanya hilang 1 pawn. Tetapi hitam terlupa bahawa petak f7 pula menjadi sasaran terbaru!

14.Bxf7+ Kd8
Hitam hilang peluang untuk castling!

15.Qf3
Menolak tawaran hitam untuk menukar Queen. Putih perlu menyimpan Queen untuk bersedia melakukan gelombang serangan seterusnya. Gerakan ini turut menghalang Bishop c8 untuk bergerak kerana terpaksa melindungi pawn di petak b7.

15...Nf5
(gambar)
Pilihan gerakan yang meragukan. Mungkin dalam keadaan ini, hitam perlu terus mencari jalan untuk menukar piece yang paling aktif bagi putih iaitu Queen dengan cara 15...Qf5.

16.Bg5+
Bishop mengambil peluang untuk keluar sambil melakukan check!

16...Kd7
Dalam keadaan ini, adalah lebih baik untuk mengundurkan semula Knight ke petak e7. Sekarang King pula yang menutup laluan Bishop c8!

17.Bf4
Jelas putih menguasai permainan apabila sering mengasak kubu lawan. Sekarang Queen pula diserang!

17...Nh4
(Gambar)
Serangan dibalas serangan! Mengharapkan Eng Chiam untuk tersilap eg. 18.Bxe5 Nxf3+! 19.Rxf3 Bxe5.

18.Qh3+
Eng Chiam tidak akan tersilap dalam kedudukan seperti ini...









18...Qf5 19.Qxh4 Qxf7
(Gambar)
Berdasarkan kedudukan ini, bilangan pieces dan pawns adalah sama. Tetapi kelebihan jelas memihak kepada putih kerana menguasai permainan dan kedudukan King hitam yang terdedah kepada pelbagai bentuk serangan oleh putih.

20.Nd2
Memohon bantuan bala tentera tambahan! Serangan yang bertali arus akan dibantu oleh Knight dan Rook di petak a1.



20...Qf6
(gambar)
Hitam melakukan kesilapan lagi! Sepatutnya hitam perlu cuba untuk melarikan King ke Queenside sambil memberi ruang kepada Bishop c8 untuk memberi bergerak dan membantu Kingside yang sedang terus diserang! eg. 20...Kc6.

21.Bg5
Bishop bergerak sambil mengambil tempo menyerang!

21...Qe6
Cuba mengintai peluang untuk melakukan check di petak e3.

22.Rae1
Ra1 bergerak membantu serangan! Sekarang laluan e dan f-file dikuasai sepenuhnya oleh putih!

22...Qd5
Queen sedang berlari-lari anak mengelak dari terus diserang.

23.Re7+
(Gambar)
Fork King d7 dan Bishop g7.

23...Kc6
Sekiranya 23...Kd6 checkmate dalam 7 gerakan.

24.Rxg7
1 piece free. Putih boleh mencuba 24.Nc4 untuk terus memerangkap King hitam kerana Bishop g7 sudah tidak boleh bergerak ke mana-mana kerana terpaksa melindungi petak f6 dari diceroboh oleh Rook f1.

24...Bf5
Develop Bishop sambil berusaha untuk menyekat putih dari terus mengawal f-file.

25.Bf4
Mungkin gerakan yang lebih baik ialah 25.Nc4, menghalang laluan keluar King hitam.

25...Rae8
Hitam cuba untuk mengambil alih laluan e-file dari putih. Sepatutnya hitam mengambil peluang ini untuk membawa King ke petak b6 dan seterusnya bersembunyi di petak a7.

26.Nc4
(Gambar)
King hitam sudah terperangkap! Jalan keluar sudah tertutup, menunggu masa untuk ditawan... 27.Rc7#

26...Bd7
Menghalang checkmate di petak c7.









27.Qf6+ Re6
(Gambar)
Hitam berusaha keras mempertahankan King daripada ditawan..

28.Rxd7!
Menawarkan Queen untuk ditawan! Bravo Eng Chiam! Sekiranya 28...Rxf6 29.Rc7#, 28...Kxd7 29.Qxh8








28...Qxd7 29.Ne5+!
(Gambar)
Fork King dan Queen! Rook tidak boleh makan Knight kerana pin oleh Queen putih...

29...Kb6
Memberi ruang kepada Knight untuk makan Queen sambil check King? Mungkin hitam sudah kecewa dan merasakan dia sudah tidak mempunyai apa-apa peluang lagi selepas Queennya ditawan putih!





30.Nxd7+ Ka7
(Gambar)
King berlari-lari anak dari Kingside ke Queenside. Akhirnya King hitam berjaya juga menyembunyikan diri dari serangan putih, untuk sementara waktu...

31.Qxh8
Hitam belum lagi boleh berehat! Putih mengancam untuk checkmate dengan Queen di petak b8!

31...a5
Membuka ruang King untuk lari? Nak lari ke mana lagi? Mate in 2!

32.Qb8+ Ka6 33.Qa8# (Gambar)
Pawn a4 akhirnya menjadi hero kerana menghalang laluan keluar King hitam. Tahniah Eng Chiam. Memulakan pusingan pertama dengan penuh bergaya.
Pengajaran untuk hitam : 1) Develop pieces, bukan hanya pawn! 2) Castling awal untuk melindungi King anda daripada dipaksa berlari-lari anak merentasi timur ke barat... 1–0

Jumpa lagi di lain masa, wassalam.

Armanov, Damai Laut.

4 comments:

Anonymous said...

Chess in MSSM was filled with all the memories and games played over the last 6 years. Thank you ! LABUAN 2004, JOHOR,BATU PAHAT 2005, TERENGGANU 2006, SARAWAK 2007, MALACCA 2008,SELANGOR 2009.

CAROKANNKILLER

Anonymous said...

здравствуй, устаз! как пэрак?

Anonymous said...

No more chess in MSSM 2010. Sometimes its good.

Anonymous said...

wut.. r u serious....