Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya rasa belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Idil Adha buat semua muslimin dan muslimat. Moga kita dapat mengambil banyak pengajaran bersempena dengan sejarah peristiwa korban Nabi Ibrahim a.s.
Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi permainan yang dimainkan pada MSSM 2009. Permainan kali ini dari pemain lelaki bawah 15 tahun, Tan Jun Feng (abang kepada NWM Tan Li Ting) yang kini belajar di SMK Aminuddin Baki, KL.
Pasukan Lelaki Bawah 15 2009 MSSKL diwakili oleh Wong Jian Wen, Lim Chin Shen, Tan Jun Feng dan Ashwin. Susunan pemain adalah berdasarkan National Rating. Pasukan KL diletakkan sebagai pilihan kelima berdasarkan ranking MSSM tahun lepas.
Pusingan pertama, MSSKL vs Sarawak. Tan Jun Feng, pemain papan ketiga bertemu wakil pasukan Sarawak, Mark Song... Mampukah amukan Bujang Senang melemaskan KL?
Tan Jun Feng - Mark Song [C24]
MSSM B15 Team (1.3), 16.03.2009
1.e4 e5 2.Bc4
Bishop's Opening! Opening ini merupakan antara opening tertua yang pernah dianalisis oleh Luis Ramirez Lucena dan Ruy Lopez pada kurun 16 (500 tahun dahulu!). Gerakan ini merupakan antara cara untuk mengelakkan hitam dari bermain Petroff Defense (1.e4 e5 2. Nf3 Nf6) seperti yang pernah dilakukan oleh John Nunn dan Peter Leko. Opening ini menghalang hitam dari bermain ...d5 dan memberi pilihan kepada putih untuk bermain f4, kerana Knight tidak menghalang laluan pawn tersebut.Opening ini turut boleh berubah (transpose) menjadi opening lain, seperti King's Gambit, Vienna Game, Giuoco Piano dan Two Knights Defense. Tidak ramai top GM yang menjadikan opening ini sebagai senjata mereka. Antaranya ialah GM Bent Larsen.

2...Nf6 3.d3 Nc6 4.f4
Idea dalam Bishop's Opening! Knight g1 lambat dikeluarkan ke petak f3 supaya tidak menghalang gerakan pawn ke f4.
4...Bc5 5.h3?!
Dalam kedudukan ini, 5.Nf3 adalah gerakan yang sangat penting. Putih perlu mengekalkan kawalan di petak tengah. Putih terlalu takut dengan ancaman Knight hitam untuk ke petak g4 menyerang ke petak f2! Sebenarnya putih tidak perlu takut, ini kerana 5.Nf3 Ng4 6.Bxg7+! Sacrifice! Gerakan yang gagal difikirkan oleh putih untuk membalas kesilapan 5...Ng4. Sekiranya 6...Kxf7 (6...Kf8 7.Qe2 Bf2+ 8.Kf1) 7.Ng5+ Kf8 8.Qxg4 dan putih mendapat kelebihan 1 pawn.
5...d6
Putih tidak mengawal petak tengah dan hitam sepatutnya mengambil kesempatan menghukum kesilapan putih dengan bermain 5...d5! 6.exd5 Nxd5. Pawn f4 putih perlu diselamatkan dan hitam berjaya mengawal rentak permainan.
6.Nf3 h6
Hitam sepatutnya mengambil peluang ini untuk castling, dan bukannya bermain 6...h6. Gerakan ini melemahkan struktur pawn hitam di sebelah kingside.
7.Nc3 Nh5
7.Nc3 Nh5
Hitam melancarkan serangan ke petak f4 ketika Kingnya masih belum castling. Knight h5 berada dalam kedudukan yang kurang selamat kerana tidak dilindungi oleh mana-mana pieces.
8.Ne2 Nd4
8.Ne2 Nd4
Hitam tetap mahu mencuba untuk memenangi pawn di petak f4. Castling adalah pilihan yang lebih baik.
9.Nexd4 Bxd4
9.Nexd4 Bxd4
Putih sudah nampak perangkap hitam. Sekiranya 10.Nxd4 Qh4+! 11.Kf1 exd4, putih hilang peluang untuk castling!
10...Bb6 11.fxe5
10...Bb6 11.fxe5
Membuka f-file untuk digunakan oleh Rook.
11...dxe5
Bolehkah putih mengambil peluang atas kealpaan Knight hitam di petak h5?
12.g4?!
Peluang yang gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh putih. Sepatutnya putih boleh melakukan sacrifice sambil fork King & Knight : 12.Bxf7+! Kxf7 13.Nxe5+ Kg8 14.Qxh5. Dapat 1 pawn free dan hitam sudah tidak boleh castling!

12...Nf4
Kuda hitam menceroboh masuk ke kawasan putih tanpa dapat dihalau oleh pawn putih... Sebab itu putih perlu berhati2 sebelum melakukan gerakan 12.g4, kerana hanya pawn itu yang boleh menghalau Knight hitam di petak f4.
13.Bxf4 exf4
Passed pawn untuk hitam!
14.d4
Putih menguasai medan tengah pertempuran dengan pawn d dan e. Hitam pula tidak mempunyai pawn di tengah2 medan perang...
14...0–0 15.Qd2
14...0–0 15.Qd2
Menyerang pawn f4 sambil membuka ruang untuk castling di Queenside.
15...c5
Cuba untuk menyerang kedudukan pawns putih yang berganding mantap di tengah medan pertempuran. Gerakan ini memberi ruang untuk putih mendapat passsed pawn di d dan e-file. Sepatutnya hitam berusaha untuk develop piece, eg. 15...Be6.
16.d5
Passed pawn! Kelebihan ini akan lebih jelas kelihatan ketika fasa ending...
16...Bc7
Cuba melindungi pawn f4.
17.0–0–0
Melindungi King sambil membawa Rook untuk membantu Queen melindungi passed pawn dan melakukan serangan.
17...a6 18.e5
18...b5 19.Bb3 c4
Hitam mencuba untuk menyerang balas, malangnya hitam membantu Bishop putih untuk berada pada kedudukan yang lebih strategik.
20.Bc2 g5
Hitam tetap ingin mempertahankan pawn f4, tetapi dalam masa yang sama telah membuka ruang untuk putih melakukan serangan ke kubu King...
21.Rhe1
Di sini, mungkin putih boleh terus mengambil peluang atas kesilapan 20...g5 dengan bermain 21.Qe2, diikuti oleh Qe4 untuk membuat ancaman mate di petak h7.
21...Bb6 Mensasarkan petak e3.
22.Be4
Gerakan yang memberi peluang untuk Bishop hitam masuk ke kubu putih. Mungkin putih perlu menghalangnya dengan bermain 22.Nd4. Sekiranya 22...Qxd5 23.Be4!
22.Be4
Gerakan yang memberi peluang untuk Bishop hitam masuk ke kubu putih. Mungkin putih perlu menghalangnya dengan bermain 22.Nd4. Sekiranya 22...Qxd5 23.Be4!
22...Be3 23.Rxe3 fxe3 24.Qxe3
Hitam sudah kehilangan passed pawn...
24...Bb7 25.d6
Putih ingin segera menukar pieces untuk bermain fasa ending. Mungkin lebih baik untuk putih menyambung serangan di kubu King hitam dengan bermain 25.h4, menumpukan serangan kepada petak g5 yang sudah lemah, ditambah dengan ketiadaan Bishop hitam untuk melindungi petak gelap g5, h6, f6 dan g7.

25...Rb8
Hitam tidak mahu menukar piece. Fasa ending akan memberi kelebihan kepada putih!
26.Nd4
Menggunakan kuda untuk menyelinap masuk ke kubu musuh... petak f5 menjadi sasaran.
26...Bxe4
Hitam memudahkan tugas putih yang sememangnya ingin memasuki fasa ending.
27.Qxe4 Qd7 28.Qf3
28...Rbe8
Hitam cuba menyerang pawn e5 yang melindungi pawn d6. Sepatutnya Rook ini dibiarkan di b-file untuk cuba membuat counter attack eg. ...b4. Hitam gagal membaca idea putih untuk menceroboh petak f6 dengan Queen. Rook di petak e8 tidak boleh membantu untuk menghalau Queen di petak f6. Mungkin hitam boleh mencuba 28...Kh7.
29.Qf6 Re6
Hitam terpaksa menyerahkan Rook untuk menyelamatkan King dari ditawan! Putih merancang untuk checkmate eg. Nf5, Qg7#
30.Nxe6 fxe6?!
Hitam sudah berputus asa. Mungkin hitam boleh cuba bertahan dengan 30...Qxe6, melindungi pawn h6 sambil mengajak putih untuk menukar Queen.
31.Qxh6
Queen putih sudah bermaharajalela, menyerang pawn g5 dan e6 serentak!
31...Qd8
Memilih untuk melindungi pawn g5.
32.Qxe6+ Kh8 33.Qh6+ Kg8 34.e6!
2 connected passed pawns... 2 pawn putih sedang berarak dengan megahnya di tengah-tengah medan pertempuran!
34...Rf6
Hitam memberi peluang putih untuk makan pawn g5 sambil melakukan check!
35.Qxg5+ Kh7 36.e7 Rg6 37.Qxg6+!
Putih akan dapat tawan King hitam dalam 3 gerakan! Mate in 3... Tahniah Jun Feng! Dalam pusingan ini, MSSKL menewaskan Sarawak 3–1. Chin Shen dan Ashwin hanya mampu seri sementara Jianwen dan Jun Feng berjaya mendapatkan mata penting untuk KL.
Pengajaran penting daripada permainan ini :
1) Dalam fasa opening, develop pieces untuk kawal petak tengah.
2) "A passed pawn is a criminal which should be kept under lock and key. Mild measures, such as police surveillance, are not sufficient." Aron Nimzowitsch
Armanov, Tronoh.
No comments:
Post a Comment