Thursday, March 04, 2010

Golden Team...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa khabar MSSMKL? Diharap semuanya baik belaka. Sudah lama saya tidak menulis untuk MSSMKL. Kali ini saya ingin berkongsi satu permainan di bawah kategori Lelaki Bawah 18.

Dalam acara berpasukan Lelaki Kejohanan Catur MSSM 2009, pasukan MSSMKL telah berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada tahun sebelumnya. Pasukan Lelaki Bawah 18 tahun diwakili oleh Muhammad Izz, Tan Ken Wei, Muhammad Khairul Hafiz dan Nor Izzudin Afandi.

Antara keempat-empat pemain tersebut, Muhammad Khairul Hafiz adalah pemain yang kurang dikenali. Ini kerana amat sukar untuk melihat beliau beraksi di mana-mana kejohanan rapid terbuka. Beliau yang tinggal di Bangi adalah merupakan pelajar SMK Segambut Jaya yang belajar dalam Kelas Aliran Agama. Oleh itu, tidak hairanlah apabila beliau turut digelar dengan gelaran "ustaz"...

Pusingan pertama menemukan KL vs Pulau Pinang, satu tugas yang sangat berat bagi KL untuk mempertahankan kilauan emas yang dimenanginya tahun 2008... Pada tahun sebelumnya, KL membariskan pemain yang sama, cuma yang berubah pada tahun ini apabila Lim Zhuo Ren digantikan dengan Nor Izzudin Afandi. Lim Zhuo Ren bermain dalam acara individu.

Muhammad Khairul Hafiz - Goh Shih Hui [A26]

MSSM Berpasukan Lelaki Bawah 18, Pusingan 1, 16.03.2009

1.c4 English Opening! Putih memulakan permainan dengan mengawal petak d5 tanpa menggunakan pawn centre, sambil membuka ruang untuk Queen keluar. Opening ini sangat fleksibel kerana boleh berubah (transpose) menjadi opening lain, terutamanya Queen's Pawn game.

1...Nf6 Mengawal petak d5 dan e4. Sekiranya putih bermain 2.d4, ia boleh berubah menjadi King's Indian Defense atau Gruenfeld dll.

2.d3 Terlalu awal. Gerakan yang menunjukkan putih tidak mahu transpose kepada opening lain. Kebiasaannya putih akan bermain 2.Nc3, dan lambat mengeluarkan pawn d2. Ia akan memberikan lebih pilihan kepada putih kerana dalam kedudukan tertentu pawn d boleh ditolak terus ke petak d4 tanpa perlu membuang tempo di petak d3.

2...g6 Hitam akan meletakkan Bishopnya di petak g7 dan berusaha untuk mengambil alih kawalan petak tengah menggunakan bishopnya.

3.Nf3 Bg7 4.Nc3 d6 Memberi ruang untuk Bishop keluar, sambil membuat persediaan untuk bermain ...e5.

5.g3 0–0 6.Bg2 Nc6 Mengawal petak d4 dan e5.

7.a3 a5 8.0–0 e5 Hitam bermain agresif. Mengawal petak tengah dengan pawn.

9.Nd2 Be6 Hitam bersedia untuk menolak pawn ke petak d5, seterusnya menguasai petak tengah dengan pawn d5 dan e5.

10.Nde4 Nxe4 11.Nxe4 h6 12.Rb1 Qd7 Gerakan yang agak meragukan. Gerakan ini memberikan peluang untuk putih memanfaatkan kelemahan petak f6...

13.Bxh6! Deflection! Putih tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan 1 pawn percuma. Sekiranya 13...Bxh6 14.Nf6+ fork King dan Queen!

13...f5 14.Bxg7 Kxg7 15.Ng5 Menceroboh kawasan hitam. Knight berjaya mendapat satu petak yang sangat strategik : berdekatan dengan King dan tidak dapat dihalau oleh mana-mana pawn hitam atau Bishop hitam.

15...Rab8 Hitam cuba untuk mengaktifkan Knightnya. Rook melindungi pawn b7 untuk membolehkan Knight hitam bergerak bebas.

16.Qa4 Mengancam untuk mengambil pawn a5. Knight hitam masih tidak boleh digerakkan kerana terpaksa melindunginya...

16...Rh8 Mencari peluang untuk melakukan counter-attack.

17.Bxc6 Putih akan dapat 1 lagi extra pawn...

17...bxc6 Force. Sekiranya 17...Qxc6? 18.Nxe6+!

18.Nxe6+ Qxe6 19.Qxc6 Hitam sudah kehilangan 2 pawn sementara putih masih tidak kehilangan sebarang pawn!

19...f4 Cuba untuk bertindak agresif. Hitam cuba untuk membawa Queennya ke petak h3 dan melakukan counter-attack. Namun, hitam masih perlu berwaspada kerana pawn c7 hitam berada dalam keadaan bahaya...
20.b4 Putih tidak mahu mengambil risiko dengan makan pawn c7. Ini kerana sekiranya hitam melancarkan serangan bermula Qh3, satu-satunya cara untuk putih bertahan ialah dengan bermain Qg2. Hitam sengaja mengumpan putih untuk makan pawn c7...

20...axb4 21.Rxb4 Mungkin gerakan yang lebih baik dalam kedudukan ini ialah 21.Qxc7+ Kf6 22.Rxb4. Sekiranya 22...Qh3 putih boleh terus menyerang dengan 23.Qxd6+ etc kerana kedudukan King di petak f6 terlalu terbuka dan terdedah kepada serangan Queen dan Rook putih. Hitam tidak sempat untuk menyerang pawn h2 putih...

21...Rb6?? Hitam tetap ingin mengganggu Queen putih dari melindungi petak g2.

22.Rxb6 Putih terlalu takut diserang balas oleh hitam. Sepatutnya putih mengambil peluang ini dengan bermain 22.Qxc7+! Sekiranya 22...Kf6 23.Rxb6 dan Queen hitam terikat kerana terpaksa melindungi pawn d6.

22...cxb6 23.Rb1 Qh3 Hitam tetap ingin melancarkan serangan balasnya terhadap putih... 24.Qg2 Serangan ini dengan mudahnya dipatahkan oleh putih. Hitam sepatutnya cuba untuk bermain defensif berdasarkan kelebihan yang jelas dimiliki oleh putih.

24...fxg3 25.fxg3 Putih sepatutnya mengajak hitam bermain ending berdasarkan kelebihan pawn yang dimiliknya. Cara yang lebih baik ialah 25.Qxh3 Rxh3 26.fxg3.

25...Qg4 Idea yang baik dari hitam untuk draw. Lebih baik untuk Hitam mencuba 25...Qh6, kerana masih mengawal diagonal c1–h6. Sekiranya 26.Rxb6?! Qe3+! 27.Qf2 Qc1+ 28.Kg2 Rf8! dan ada kemungkinan untuk draw kerana pergerakan Queen hitam yang mengawal diagonal c1–h6, menyukarkan King putih untuk berlindung dari check di sebelah Kingside.

26.Rxb6 Qd4+ 27.Qf2 Qa1+ 28.Kg2 Qxa3?? Hitam tidak boleh membiarkan putih mengambil initiative. Hitam perlu teruskan usaha untuk mencari draw dengan bermain 28...Rf8. Namun, dengan kedudukan Queen hitam yang hanya boleh mengawal diagonal a1–d4, amat sukar untuk mencari ruang untuk check King putih di bahagian Kingside. 29.Rb7+ Putih menyambung operasi memburu King hitam...

29...Kh6 30.Qe3+ Hitam sepatutnya mengawal diagonal c1–h6 dengan Queen. Sekarang putih mengambil peluang atas kesilapan hitam.

30...g5 31.h4 Terus menumpukan serangan kepada King hitam.

31...Rg8 32.hxg5+ Rxg5 Rook sudah kena pin. King hitam keseorangan tanpa sebarang pawn menemaninya. Queennya berada jauh di petak a3, hanya melihat Kingnya diburu dan dibuli...

33.Rf7 Cara yang lebih efektif ialah 33.g4! Ideanya ialah untuk bermain Qh3 dan seterusnya mengancam untuk mate.

33...Qa8+ 34.Qf3 Qg8 Akhirnya hitam berjaya juga membawa Queennya untuk mempertahankan kedudukan King hitam... Namun ia sudah terlambat!

35.Qf6+ Rg6?? Menyerah kalah dengan begitu mudah... Memberi peluang untuk putih checkmate in 1!

36.Qh4# 1–0
Akhirnya, dalam pusingan pertama ini, MSSMKL berjaya menumpaskan MSSM Pulau Pinang dengan kiraan 3-1. Hanya pemain papan kedua sahaja yang tewas iaitu Tan Ken Wei.

Armanov, Hospital Pantai Puteri, Ipoh... (sempena kelahiran anak keempat saya, Ahmad Munaqqib, Sabtu, 27 Februari 2010)

3 comments:

areteviggo said...

Alhamdullillah syukur...Tahniah ustaz...

Anonymous said...

the amazing of KL spirit. great

Anonymous said...

greater KL