Saturday, April 30, 2011

Apa Cerita Catur. Episod 1.

Catur dimainkan semula di peringkat MSSM mulai 2004. Tuan rumah 2004 ialah Labuan di mana pertandingan catur diadakan pada bulan Mac. Semenjak itu, catur di Malaysia semakin meriah dan kembali bersinar di mana kejohanan yang berprestij seperti MSSM , catur dipertandingkan semula. Ianya merupakan platform yang terbaik untuk menghasilkan pencatur-pencatur muda yang akan menggantikan pencatur-pencatur sedia ada seperti IM Mas , IM Mok dan lain-lain yang juga dihasilkan menerusi MSSM sebelum catur di peringkat MSSM dihentikan sementara pada tahun 1998 akibat kegawatan ekonomi yang melanda pada masa itu.
Tapi, persoalannya kemanakah hala tuju pemain-pemain tersebut selepas MSSM.
Di manakah mereka?? Apakah mereka masih bermain catur secara aktif ? Mewakili Malaysia ??
ataupun sudah beralih ke permainan lain?? bowling? dart?? Di manakah silapnya?? Siapakah yang silap?? Apakah yang akan terjadi akan datang?? 5 tahun? 10 tahun??

Jawapannya :.............................................

2 comments:

abubakarmartin said...

as;salam, sebenarnya pada pandangan saya, kita patut berkerjasama dengan MCF untuk membantu pemain pemain tersebut yang telah memenangi peringkat MSSM. Caranya ialah dengan mengambil pemain pemain tersebut dan mengumpul mereka di sebuah sekolah catur seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil di mana pada waktu pagi, mereka belajar akademik (untuk menjamin masa depan mereka) manakala pada waktu petang (mereka berlatih catur). waktu malam untuk mereka membuat ulangkaji serta menyiapkan kerjarumah mereka. harapan saya ialah dengan terbentuknya satu sekolah catur maka barulah prestasi pemain ini boleh ditingkatkan serta di 'monitor'. semoga ada pegawai kementerian yg prihatin tentang catur mengambil tindakan selanjutnya... amin

MOHD HAFEZ HILMI BIN HARUN said...

Hahahahhaha...cadangan En Abubakar memang bernas, mengumpulkan pemain hebat dalam satu sekolah. Cuma realitinya...mampukah "MCF" melatih mereka? MCF tidak layak dan tidak berkemampuan, selama ini kerana wujudnya MSSM dan guru-guru,rakyat malaysia bermain chess dapat dibangunkan. Hendak harapkan MCF membuat pembangunan chess....pembangunan akar umbi pun TIADA...Pembangunan peringkat elit sama-samar!
hilmichess.blogspot.com