Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi permainan yang dimainkan pada MSSM 2009. Permainan kali ini dari pemain lelaki bawah 15 tahun, Tan Jun Feng (abang kepada NWM Tan Li Ting) yang kini belajar di SMK Aminuddin Baki, KL.Pasukan Lelaki Bawah 15 2009 MSSKL diwakili oleh Wong Jian Wen, Lim Chin Shen, Tan Jun Feng dan Ashwin. Susunan pemain adalah berdasarkan National Rating. Pasukan KL diletakkan sebagai pilihan kelima berdasarkan ranking MSSM tahun lepas.
Pusingan pertama, MSSKL vs Sarawak. Tan Jun Feng, pemain papan ketiga bertemu wakil pasukan Sarawak, Mark Song... Mampukah amukan Bujang Senang melemaskan KL?
Tan Jun Feng - Mark Song [C24]
MSSM B15 Team (1.3), 16.03.2009
1.e4 e5 2.Bc4
2...Nf6 3.d3 Nc6 4.f4
4...Bc5 5.h3?!
5...d6
Putih tidak mengawal petak tengah dan hitam sepatutnya mengambil kesempatan menghukum kesilapan putih dengan bermain 5...d5! 6.exd5 Nxd5. Pawn f4 putih perlu diselamatkan dan hitam berjaya mengawal rentak permainan.
6.Nf3 h6
7.Nc3 Nh5
8.Ne2 Nd4
9.Nexd4 Bxd4
10...Bb6 11.fxe5
12.g4?!
Peluang yang gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh putih. Sepatutnya putih boleh melakukan sacrifice sambil fork King & Knight : 12.Bxf7+! Kxf7 13.Nxe5+ Kg8 14.Qxh5. Dapat 1 pawn free dan hitam sudah tidak boleh castling!
12...Nf4
13.Bxf4 exf4
14.d4
14...0–0 15.Qd2
15...c5
16.d5
16...Bc7
17.0–0–0
17...a6 18.e5
18...b5 19.Bb3 c4
20.Bc2 g5
21.Rhe1
22.Be4
Gerakan yang memberi peluang untuk Bishop hitam masuk ke kubu putih. Mungkin putih perlu menghalangnya dengan bermain 22.Nd4. Sekiranya 22...Qxd5 23.Be4!
25...Rb8
27.Qxe4 Qd7 28.Qf3
28...Rbe8
Hitam cuba menyerang pawn e5 yang melindungi pawn d6. Sepatutnya Rook ini dibiarkan di b-file untuk cuba membuat counter attack eg. ...b4. Hitam gagal membaca idea putih untuk menceroboh petak f6 dengan Queen. Rook di petak e8 tidak boleh membantu untuk menghalau Queen di petak f6. Mungkin hitam boleh mencuba 28...Kh7.
29.Qf6 Re6
30.Nxe6 fxe6?!
31...Qd8
32.Qxe6+ Kh8 33.Qh6+ Kg8 34.e6!
34...Rf6
35.Qxg5+ Kh7 36.e7 Rg6 37.Qxg6+!
Pengajaran penting daripada permainan ini :
1) Dalam fasa opening, develop pieces untuk kawal petak tengah.
Armanov, Tronoh.

Lunch: Rice, fried chicken, soup, a slice of tomato and cucumber + a bottle of mineral water
So delicious !