Wednesday, October 31, 2007

Keputusan Pertandingan Berpasukan Luar Musim Bawah 16

31 Oktober (Rabu) - Bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane, telah berlangsung Pertandingan Catur Luar Musim Berpasukan Bawah 16 tahun. Pada kali ini, sebanyak 20 pasukan lelaki dan 11 pasukan perempuan telah mengambil bahagian.
Selepas berhempas pulas sebanyak 5 pusingan, Sekolah Sri Cempaka yang diketuai oleh Lim Zhuo Ren terus unggul mempertahankan pingat emas kejohanan catur MSSMKL kategori berpasukan lelaki bawah 16. Sekolah tersebut mendapat 18 mata diikuti dengan SMK Kepong Baru dengan 13.5 mata, ketinggalan 4.5 mata. Tempat ketiga dimenangi oleh SMK Seri Sentosa dengan 13 mata.
Bagi kategori berpasukan perempuan bawah 16, SMK Kepong Baru yang diketuai oleh Chia Yoon Yoong terus unggul menjadi juara bertahan kategori ini dengan mendapat 17.5 mata. Tempat kedua pula masih kekal menjadi milik SMK Convent Bukit Nenas yang terus gagal mencabar SMK Kepong Baru dengan mendapat 13 mata. Tempat ketiga menjadi milik SMK Aminuddin Baki dengan 12 mata.
Berikut ialah keputusan penuh acara Berpasukan Bawah 16 :
(Perempuan) 1 SMK Kepong Baru (17.5) 2 SMK Convent Bukit Nenas (13) 3 SMK Aminuddin Baki (12) 4 Sekolah Sri Cempaka (12) 5 SMK Taman Bukit Maluri (11.5) 6 SMK Puteri Wilayah (11) 7 SMK Seri Hartamas (10) 8 SMK Puterijaya (9) 9 SMK Methodist Wesley (9) 10 SMK Desa Petaling (8) 11 SMK (P) Methodist (7)

(Lelaki) 1 Sekolah Sri Cempaka (18) 2 SMK Kepong Baru (13.5) 3 SMK Seri Sentosa (13) 4 SMK (L) Methodist Bangsar (12) 5 SMK Victoria (12) 6 SMK Seri Hartamas (11.5) 7 SMK Methodist Wesley (11.5) 8 SMK St. John A (11.5) 9 SMK Taman Bukit Maluri (11) 10 SMK Aminuddin Baki A (10.5) 11 SMK Tmn Connaught B (10) 12 SMK Jinjang (9) 13 SMK Tmn Connaught A (9) 14 SMK (L) Methodist Sentul (9) 15 SMK Desa Petaling (8) 16 SMK St. John B (7.5) 17 SMK Aminuddin Baki B (7) 18 SMK Petaling (6) 19 SMK Padang Tembak (6) 20 SMK Seri Mutiara (4)

No comments: