Friday, October 19, 2007

Pertandingan Catur Luar Musim

Pertandingan Catur Luar Musim akan diteruskan pada tahun ini bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane. Kategori yang akan dipertandingkan melibatkan penyertaan lelaki dan perempuan bawah 16, bawah 12 dan bawah 9 tahun.

Bagi kategori sekolah menengah, pertandingan bermula pada 31 Oktober (Rabu) bagi acara berpasukan, 1 dan 2 November bagi acara individu. Tarikh tutup penyertaan bagi sekolah menengah ialah seminggu sebelum bermulanya kejohanan.

Bagi kategori sekolah rendah, pertandingan akan bermula pada minggu berikutnya.

2 comments:

Anonymous said...

Bilakah tarikh sebenarnya pertandingan untuk U12 & bagaimana untuk mendaftar untuk pertandingan tersebut? Apakah melalui sekolah masing-masing? Sek. Kebangsaan Seri Bintang Utara, Taman Shameline ada terlibat tak?

Arman Amin said...

Pertandingan under 12 akan bermula pada 5, 6 dan 7 November. Penyertaan melalui sekolah masing2. Sila semak dengan ketua arbiter sekolah rendah, encik Rezal (0133641001).