Sebelum ke Sarawak...
Tiket kapal terbang sudah diuruskan, penerbangan dengan pesawat MAS, pada 3 Jun (Ahad) jam 10:15 malam. Semua pemain dan pegawai diminta berada di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane jam 6 petang dan bertolak ke sana menaiki bas. Mengharap hari cerah hingga ke petang, rupanya kilat pula sabung menyabung. Menjelang 6 petang, ramai pemain yang masih belum tiba! Alamak, KL banjir kilat, traffic jam di merata-rata tempat. Jam 7 malam baru kami bertolak ke KLIA, meninggalkan sebahagian pemain yang terpaksa bertolak terus ke KLIA dengan kenderaan sendiri.
Sampai di KLIA, masih ada pemain yang belum tiba. Jam 9:30 malam, Tan Ken Wei memberitahu beliau berada di LCCT. Ini mesti sudah berlaku salah faham, naik kapal terbang MAS la bukan Air Asia! Lain kali bila bagi taklimat dengar betul-betul. LCCT untuk kapal terbang Air Asia... Nasib baik LCCT tak berapa jauh dengan KLIA.. Dan orang yang paling akhir tiba untuk menaiki pesawat ialah.... Encik Suhairi Hussin, Pengerusi Teknik Catur MSSKL. Maklumla, dah biasa naik kapal terbang, naik kapal terbang tu macam naik bas, apa boleh buat... Lain kali orang lain jangan risau kalau dia yang lewat, dia tahu apa yang dia buat... (gurau je, he... he... he...)
Sampai di Kuching International Airport (KIA), jam sudah menunjukkan hampir 12 malam... Wah, ada sambutan dari Tuan Rumah, Sarawak! Mereka sanggup menunggu untuk menyambut ketibaan kami, termasuklah L.O dan Pengerusi Teknik Catur Sarawak, Encik Rosli Arshad... Terima kasih daun keladi, lain kali sambut lagi... Naik bas dan terus ke hotel di Kuching, penatnya... zzzzzzzzzzzz
Hari Pertama (4 Jun 2007) Isnin
Di Sarawak, matahari terbit awal dari Semenanjung. Subuh pun masuk awal! Hairan, kenapa hari ini kedai-kedai masih ditutup seperti hari cuti? Saya mendapat tahu bahawa sememangnya ada cuti perayaan di Sarawak yang bersambung cutinya pada hari Isnin, mungkin kerana itulah pertandingan pusingan pertama tidak dimulakan pada hari ini.
Tiada apa yang menarik, selain dari berehat dan makan Mee Kolok! Kali pertama makan, rasa nak lagi. Sempat juga berjalan ke kawasan jualan ikan terubuk masin, berdekatan hotel. Tempat makan tiada masalah, semuanya berdekatan hotel, jalan kaki pun boleh sampai...
Hari ini, mesyuarat Pengerusi Teknik berlangsung di sebelah pagi. Para arbiter melapor diri untuk bertugas pada waktu tengahari di hotel. KL telah menghantar Puan Alizah Adnan sebagai arbiter kejohanan.
Pada sebelah petang, semua pemain telah dibawa ke Dewan Suarah, tempat berlangsungnya kejohanan MSSM untuk diberi taklimat. Kami sampai agak awal, membolehkan kami mencari tempat duduk yang agak selesa di barisan hadapan. Selepas selesai taklimat, sesi pengambaran untuk setiap kontinjen bermula. Pada sebelah malam diadakan mesyuarat pengurus pasukan untuk menentukan kedudukan (seeding) pemain. Esok, cabaran sebenar akan bermula... Selamat berjuang KL!
No comments:
Post a Comment