Friday, November 30, 2007

Hari Kedua (5 Jun 2007) Selasa

Bersarapan di restoran bawah hotel. Kami bertolak awal ke Dewan Suarah. Pusingan pertama bermula seawal jam 8:30 pagi. Daripada 24 pemain, kami tidak mengharapkan semuanya untuk menang pada pusingan pertama. Berdasarkan pengalaman, pasti ada pemain KL yang akan tewas, kerana ini adalah kejohanan peringkat kebangsaan yang mengumpulkan pemain terbaik dari seluruh pelusuk negara! Walau bagaimanapun, saya optimis KL mampu mengekalkan rekod terdahulu ataupun melakukan yang lebih baik.

Pusingan Pertama (8:30 pagi)
Lelaki bawah 12, turun sebagai juara bertahan individu dan berpasukan. KL mempunyai Yeap Eng Chiam dan Albert Ang sebagai pemain pilihan 1 dan 2. Mudah mengenepikan lawan masing-masing. Perlawanan tumpuan, Wong Jian Wen (KL) vs Yeoh Li Tian (Selangor). Kemenangan milik KL! Lim Chin Shen sebagai pemain baru MSSKL ternyata lega, selepas mendapat keputusan seri dengan pemain Putrajaya. Beliau hampir tertewas namun semangat juang yang tinggi dan kesilapan lawan ketika permainan fasa akhir menyebabkan kedua-dua pemain hanya tinggal satu Queen dan seri. 3.5 mata!

Wong Jian Wen berjaya melakukan check mate! Yeoh Li Tian yang bermain pertahanan Caro-Kann telah melakukan beberapa kesilapan. Berikut ialah analisis ringkas permainan mereka : Wong Jianwen - Yeoh Li Tian 1.e4 c6 2.d4 d5 3.Nc3 dxe4 4.Nxe4 Bf5 5.Ng3 Bg6 6.h4 h6 7.h5 Bh7 8.Nf3 e6 9.Bd3 Bxd3 10.Qxd3 Nf6 11.Bd2 Bd6 12.Ne4 Nxe4 13.Qxe4 Nd7 14.0–0–0 Nf6 15.Qe2 Qc7 16.c4 0–0–0 17.Ne5 [Memberi tekanan kepada centre dan pawn f7] 17...c5 18.Bc3 cxd4 19.Bxd4 Kb8 20.Kb1 Rhf8 21.f4 Rc8 22.b3 Ka8 23.g4! [Ideanya ialah untuk bermain pawn ke g5. Knight hitam tiada petak yang baik untuk berundur] 23...Bc5 [Hitam sepatutnya berhati-hati. d-file telah dikawal oleh putih.] 24.Bxc5 Qxc5 25.g5! hxg5 26.fxg5 Ng8? [Knight yang melindungi petak d7 telah berundur. Petak d7 sudah boleh dicerobohi oleh knight!] 27.h6 gxh6 28.gxh6 Ne7 (Lihat Diagram) [Berusaha membawa Knight ke petak c6 untuk mempertahankan King] 29.Qe4 [Mengawal petak f5 sambil menyerang petak b7. Putih tidak boleh fork di petak d7 dengan Knight kerana Queen hitam masih boleh melarikan diri sambil melakukan check di petak f5] 29...Qc7?? [Blunder!! Tekanan oleh putih menyebabkan hitam melakukan kesilapan demi kesilapan...] 30.Rd7!! [Fork Knight dan Queen, sambil serang petak b7!] 30...Qc5 [Memilih untuk melindungi Knight daripada melindungi King!] 31.Qxb7# 1–0
Yeap Eng Chiam menunjukkan permainan yang menarik apabila bermain tanpa Queen dan dengan hanya minor pieces menentang lawan yang mempunyai Queen.
Yeap Eng Chiam - Anas Bin Aziz (Pertahanan Petroff) 1.e4 e5 2.Nf3 Nf6 3.Nxe5 d6 4.Nf3 Nxe4 5.c3 Nf6 6.Be2 Be7 7.0–0 0–0 8.d4 d5 9.h3 h6 10.Bf4 c5 11.dxc5 Bxc5 12.Nbd2 d4 13.Nb3 Bb6 14.Nbxd4 Re8 15.Re1 Nd5 16.Bg3 Nd7 17.Bc4 N7f6 18.Rxe8+ Qxe8 19.Qb3 Be6 20.Re1 Rd8 21.Be5 Nd7 22.Bxd5 Nc5 (Lihat Diagram) 23.Nxe6! Nxb3 24.Nxd8 Qxd8 25.Bxb3 [Putih ada Rook, sepasang Bishop dan Knight vs Queen dan Bishop] 25...a5 26.Bg3 g5 27.Rd1 Qf6? [Memberi peluang kepada putih untuk fork di petak d6] 28.Rd6 Bxf2+ 29.Kxf2 Qf5 30.Rd8+ Kh7 31.Be5 f6 32.Rf8 h5 33.Rxf6 Qc8 34.Nxg5+ Kh8 35.Rf8# [Double check + mate + fork!] 1–0

Amirul Rafiq - Lim Chin Shen. Selepas kehilangan satu pawn dan hampir tertewas dalam fasa akhir permainan, Lim Chin Shen masih gigih berusaha mencuri setengah mata daripada lawannya. Pada gerakan ke-52, apakah gerakan terbaik untuk putih? (Lihat Diagram) 52. h7! dan KL pasti kehilangan 1 mata. [kalau 52...Rh1 53.Rh6 Rg1 54.g4] Tapi putih main 52.Kg6 Rg1 53.Re3 a4 54.h7 Rh1 55.Kg7 [Ada cara lain untuk melindungi pawn itu. Gunakan Rook dan bermain secara aktif. 55.Re4+ Kb3 56.Rh4] 55...a3 [Nampaknya pawn sudah semakin hampir menjadi Queen] 56.Re1!? Rxh7+ [Saya rasa hitam masih boleh menang sekiranya 56...Rxe1 57.h8Q a2 kerana pawn sudah tinggal 1 langkah lagi untuk menjadi Queen. Apa pendapat anda? Mungkin faktor masa menyebabkan hitam tidak sempat memikirkan variasi ini.] 57.Kxh7 Kc3 58.g4? [Jangan cepat sangat. Putih ada kelebihan Rook dan sepatutnya menggunakan Rook untuk sekat pawn itu. 58.Re3+ Kb2 59.Re2+ Kc3 60.Kg6] 58...b4 [2 pawn itu semakin kuat] 59.g5 b3 60.g6 b2 61.g7 a2 62.g8Q b1Q+ 63.Rxb1 axb1Q+ [fuh, lega rasanya, dapat juga KL setengah mata] ½–½
Lelaki bawah 15, KL turun sebagai juara bertahan berpasukan. Muhammad Izz menjadi pilihan pertama. Kategori ini turut membariskan ramai pemain yang berbakat seperti Tariq Amru, Nabil, Syakir, Edward Lee (Selangor), Sumant (Pahang), Nordin (Kedah) dan ramai lagi. Izz, Lim Zhuo-Ren, Tan Ken Wei dan Justin Ong mudah mengenepikan lawan masing-masing. 4 mata! Kejutan berlaku apabila Sumant ditewaskan oleh pemain Kelantan, Hasan Basri.
Justin Ong menunjukkan permainan menarik apabila melakukan sacrifice dan bermain kurang satu piece menentang lawannya. Justin Ong Way - Tang Han Yuan (Pertahanan Sicilian, Variasi Moscow) 1.e4 c5 2.Nf3 d6 3.Bb5+ Bd7 4.Bxd7+ Nxd7 5.0–0 g6 6.Qe2 a6 7.c3 e5 8.d4 cxd4 9.cxd4 Bg7 10.Rd1 Qc7 11.Nc3 Ne7 12.Bg5 f6 13.Bh4 g5 [Lihat Diagram] 14.Bxg5 fxg5 15.Nxg5 [Kelemahan petak putih f7 dan e6 dieksploitasi oleh putih dengan baik] 15...Nf8 16.Qh5+ Kd7 17.Rac1 [17.Qf7!?] 17...Qa5 18.Qf7 Rg8 19.b4! [Deflaction dan fork di petak d5!] 19...Qd8 [Ruang pergerakan Queen hitam semakin sempit] 20.Nd5 Qe8 21.Nb6+ [21.Rc7+!?] 21...Kd8 22.Ne6+ Nxe6 23.Qxe6 Nc6 24.Qxd6+ [King terperangkap di tengah-tengah medan pertempuran tanpa sempat castling!] 1–0
Lelaki bawah 18, FM Anas sudah pasti menjadi pilihan untuk memenangi kategori ini. Walau bagaimanapun, KL pasti akan berjuang untuk tidak memberikan kemenangan dengan mudah. Kapten KL, Khandhar Kaushal, Alex Gan dan Kamal Firdaus mudah memenangi permainan. Hanya Matthew Cheah yang terpaksa seri dengan pemain dari Sabah, Ismail. 3.5 mata untuk KL.
Perempuan bawah 12, KL turun sebagai pasukan bukan pilihan bagi kategori ini. Antara pemain pilihan yang lain ialah Nur Nabila, Amira, Vickie Hong (Selangor), Sarika (Pahang) dan Hoh Tjin Li (P.Pinang). Chua Yee Teng mudah mengenepikan cabaran lawan. Yap Ern Yee menghadapi laluan getir apabila bertemu Nabila (Selangor) dan tewas. Begitu juga dengan Ting Shu Jie yang tewas kepada pemain Sabah. Tan Li Ting pula hanya mampu seri dengan pemain Kelantan. 1.5 mata untuk KL.
Berikut ialah permainan Yap Ern Yee bertemu Nur Nabila. Satu permainan yang menghiburkan, namun kesilapan ketika bertahan membawa padah buat Yap Ern Yee. Yap Ern Yee - Nur Nabila (Pertahanan Sicilian, Variasi Scheveningen 1.e4 c5 2.Nf3 d6 3.d4 cxd4 4.Nxd4 Nf6 5.Nc3 e6 6.f3 a6 7.Be3 Be7 8.Qd2 b5 9.0–0–0 Bb7 10.g4 [putih sudah mula menyerang] 10...Nc6 11.h4 Rc8 12.Kb1 Nxd4 13.Bxd4 d5 [serangan putih pada sayap hitam dibalas dengan serangan hitam di tengah-tengah medan pertempuran] 14.exd5 [Sepatutnya main 14.g5 dahulu untuk menghalau Knight daripada menyerang petak d5 14...Nh5 15.exd5] 14...b4 [Nabila terus menyerang kedudukan Knight putih] 15.Ne2 [Apa kata kalau 15.Bxf6 terlebih dahulu 15...Bxf6 16.Ne4] 15...Bxd5 [Bishop yang kuat, menyerang sayap putih kiri dan kanan] 16.Qe3 (Lihat diagram) [Queen sepatutnya dibiarkan melindungi petak c2. Cari cara lain untuk melindungi pawn f3. Mungkin 16. Rh3, melindungi pawn f3 sambil lari dari pin] 16...Qc7 [Menyerang pawn c2.] 17.Rd2 [Kedudukan buah putih tiada koordinasi. Rook sudah bergerak ke baris kedua, meninggalkan baris belakang yang tidak dijaga.] 17...h6 [Sepatutnya hitam mengambil inisiatif menghukum pergerakan Rook tadi. 17...Nxg4!] 18.Rg1 Qc6 [pawn f3 menjadi sasaran] 19.Rg3 [Gerakan yang pasif. Putih tidak boleh terus hanya bertahan. Putih perlu mencari serangan balas. Mungkin putih boleh terus bermain 19. g5 hxg5 20. hxg5 Nh5] 19...Bd6 [Menyerang Rook yang melindungi pawn f3 sambil menyerang petak f4 untuk melakukan skewer] 20.Nf4 [Meletakkan Knight dalam kedudukan pin? Mungkin lebih baik 20. Rh3, bermain secara mudah] 20...b3! [Gerakan yang memusnahkan pagar di hadapan King. Musuh sudah boleh masuk... 21. bxa3 Qc1# adalah akibat kelemahan di barisan belakang putih.] 21.axb3 Bxf4 22.Qxf4 Bxb3 23.c3? [Cara bertahan yang salah. Sepatutnya bertahan dengan 23.Bd3. Selepas ini kedudukan putih terus tidak boleh dipertahankan lagi.] 23...Qa4! 24.Rf2 [Sekali lagi 24.Bd3 mungkin adalah cara yang lebih baik untuk bertahan, meskipun sudah terlambat.] 24...Qa2+ [Kawasan King sudah dicerobohi.] 25.Kc1 Qa1+ 26.Kd2 Qd1+ 27.Ke3 Nd5+ [Permainan yang menarik, putih berlu bertahan secara agresif, cuba cari serangan balas dan jangan panik....] 0–1
Perempuan bawah 15, KL merupakan juara bertahan berpasukan. Kategori ini menyaksikan Alia (Melaka) menjadi pilihan, diikuti oleh Kwan Tszee Yeung, Renitha (Johor), Charlene Chai (Sarawak) dan Ong Choon Yong (P.Pinang). Hazel Wong, Kaiyisah, Lee Joo Hui dan Teh Kai Wen semuanya menang mudah. 4 mata!
Perempuan bawah 18, menyaksikan Wan Khye Teng menjadi pilihan. Chan Wei Qi, Chia Yoon Yoong, Yeap Khuan Yee dan Kuan Kit Leng semuanya berjaya mendapat mata penuh. 4 mata!
Kesimpulan pusingan pertama, KL berjaya mengumpul 21 mata, mengatasi pencapaian tahun lepas. Nampaknya ada harapan untuk KL melakukan yang lebih baik dari tahun lepas. Semua pemain nampak ceria dan terus menaiki bas menuju ke hotel untuk makan tengah hari. KL hanya hilang 3 mata sahaja. Selamat menghadapi pusingan kedua!

No comments: