Pemain nampak bersemangat untuk meneruskan perjuangan di pusingan kedua. Nasib baik hotel yang diduduki berdekatan dengan Dewan Suarah. Pemain masih sempat melelapkan mata dan berehat.
Lelaki bawah 12, perlawanan tumpuan sekali lagi kepada Wong Jian Wen. Beliau akan berhadapan dengan pemain Selangor, Nicholas Lee. Keputusannya, KL gagal mendapat mata penuh kerana disekat oleh pemain Selangor. 3.5 mata untuk KL.
Permainan Nicholas Lee - Jianwen merupakan permainan yang menarik untuk diikuti. Bermula dengan pertahanan Sicilian Closed, akhirnya mereka masuk kepada fasa akhir permainan. (Lihat Diagram) Putih baru sahaja bergerak 40.Nd7. Giliran hitam melakukan gerakan. Kelihatan pawn h6 dan g5 amat kuat dan mudah untuk menjadi Queen, namun dalam kedudukan ini, King putih sudah berada pada posisi untuk menyekat kemaraan pawn hitam. Dengan kelebihan 1 pawn amat sukar mencari kemenangan, apatah lagi kedudukan passed pawn yang amat dekat dengan kedudukan King. Jian Wen bermain 40...h5. Putih ada peluang untuk melakukan fork dan mencari seri. Apa akan jadi sekiranya hitam bermain 40...Kf7!? Bolehkah hitam menang? Selepas Jian Wen menggerakkan 40...h5 41. Nf8+ Kf7 42. Nh7 [Serang pawn g5, kalau 42...g4 King putih sudah boleh menyekat kedua-dua pawn itu. Sebab itulah tidak perlu bermain h5 terlalu awal.] 42...Kg6 43.Nf8+ Kf7 44.Nh7 ½ Seri... Sukar untuk meneruskan permainan dalam kedudukan sebegini.
Lelaki bawah 15, masih segar dengan kejayaan mendapat mata penuh pagi tadi. Sekali lagi mereka menunjukkan keazaman untuk mengekalkan pingat emas yang dimenangi tahun lepas. Keempat-empat pemain mencatat keputusan yang terbaik, 4 mata sekali lagi untuk KL! Ahmad Nordin dari Kedah pula terpaksa berpuas hati selepas sekadar seri dengan pemain Johor, See Kai Loong.
Dalam diagram berikut, (Lihat Diagram) Lim Zhuo Ren - Muadz (Kedah). Putih mempunyai sedikit kelebihan berdasarkan passed pawn yang dimilikinya. Adakah putih mampu menukarkan kelebihan ini kepada satu kemenangan? Selepas gerakan 30...Qd8-a5? nampaknya idea permainan hitam kurang tepat. Gerakan Queen ke petak a5 adalah untuk melakukan check di petak d2 sambil menyerang Knight di petak e3. Idea yang baik namun mudah dipatahkan oleh putih. Sepatutnya hitam cuba menukarkan Queen hitam dan putih dengan bermain 30...Qb8. Putih membalas dengan 31.Nc4! Menyerang Queen sambil melindungi petak d2. 31...Qb4 32.Qxb4 Bxb4 33.Rb1 Rxa4 Memberikan peluang putih untuk melakukan fork 34.Nb6! Ra1 Pilihan yang kurang tepat. Hitam masih boleh bertahan dengan R8a6. 35.Rxb4 1-0
Dalam permainan Tan Ken Wei - Hasan Basri (Kelantan), selepas gerakan 16...Nd7, (Lihat Diagram) apakah gerakan terbaik untuk putih? Kelihatan petak d6 hitam agak lemah, Bishop hitam yang telah disekat pergerakannya oleh Knight di petak d7, dan pawn e6 yang perlu dilindungi oleh Rook. Putih bermain 17.Bxd5! Sekiranya 17...exd5 18.Qxd5+ dan selepas itu 19.Qxc6. Hitam membalas dengan 17...Ndxe5 18.Bxc6 Qxd1 19.Rxd1 Nxc6 [18.Bg2 mungkin lebih baik kerana kedudukan pawn e6 boleh dijadikan sasaran serangan dan Knight di petak c6 yang kena pin oleh Bishop menjadikan kem hitam perlu banyak bertahan.]
Lelaki bawah 18, kejutan berlaku apabila Leong Zhi Wen (Selangor) sebagai pemain pilihan pertama tewas mengejut kepada pemain Terengganu, Abdul Khadir. 3 pemain KL mendapat mata penuh manakala Matthew Cheah tewas kepada Muhd Syazwan dari Terengganu. 3 mata sahaja untuk KL.
Matthew Cheah - Syazwan [Lihat Diagram]. Permainan bermula dengan pembukaan French, Exchange Variation. Selepas gerakan hitam 28…Nd5 putih melakukan kesilapan apabila bermain 29. Kh1? Sepatutnya putih bermain 29.Nf1 membawa Knight membantu mempertahankan petak e3 yang diserang. Hitam menghukum kelalaian putih dengan bermain 29…e3! Dan seterusnya memenangi satu piece. [30. Bxe3 Nxc3 fork!] 30. c4 exd2 31. Rxe8 Rxe8 32. Qxd2 [Force. Jika tidak 32…Re1+ fork!] 32…f4! Queen menyerang Rook di b8 sambil memusnahkan pawn yang melindungi King!] 0-1
Perempuan bawah 12, malang terus menimpa pasukan KL. Chua Yee Teng yang terus menguasai permainan telah melakukan kesilapan pada akhir permainan yang membenarkan lawan untuk melakukan fork dan mendapat kelebihan satu piece. Beliau tewas kepada Qasdina dari Kedah. Sementara itu, Tan Li Ting dan Yap Ern Yee telah mendapat mata penuh sementara Ting Shu Jie hanya sekadar seri dengan pemain perlis. 2.5 mata untuk KL. Kejutan untuk kontinjen Selangor, apabila Nabila hanya mampu seri dengan pemain Kelantan, Fatih.
Qasdina – Chua Yee Teng (Lihat Diagram) 27. Nc1. Dalam kedudukan ini, jelas kelebihan berpihak kepada hitam. Hitam mempunyai 1 passed pawn dan 2 Bishop yang sangat aktif. Hitam perlu berusaha menolak passed pawn itu dan putih terpaksa bertahan sahaja. Hanya ada 1 sahaja kelemahan hitam iaitu back rank mate. Permainan ini dapat disaksikan melalui kaca televisyen di luar dewan. Kami menunggu dengan penuh debaran apakah gerakan hitam seterusnya. Chua Yee Teng bermain 27...g6? Ops, nampaknya dia amat bimbangkan ancaman back rank mate. Beliau telah memberikan lawan peluang untuk melakukan fork. 28. Rd6! 1-0 Nampak seolah-olah hitam telah tewas 1 piece. Itulah yang berlaku dalam permainan mereka. Namun, selepas dianalisis hitam masih boleh meneruskan permainan [Analisis 28...Re8 Bishop e4 tidak boleh bergerak kerana check di petak e1 29. Rxf6 Rxe4 30. Rxa6 Re1+ 31. Kg2 Rxc1]
Perempuan bawah 15, Hazel Wong hanya mampu seri dengan pemain Kedah, Najah. Latifah Kaiyisah dan Teh Kai Wen meneruskan kecemerlangan dengan mendapat mata penuh. Lee Joo Hui tewas kepada pemain Perak, Afizan. KL mendapat 2.5 mata.
Perempuan bawah 18, sekali lagi mereka membuktikan kemampuan mereka. Kesemuanya meraih satu mata memberikan KL mata penuh, 4 mata!
Chan Wei Qi terselamat daripada gerakan taktikal yang sepatutnya boleh memberikan lawan mata mudah. Shaza (N.9) – Chan Wei Qi (Lihat Diagram). Chan Wei Qi yang bermain Queen’s Gambit Declined telah memilih untuk castling di Queenside untuk menyerang putih menggunakan pawn di Kingside. Tetapi perancangan itu kurang tepat kerana kedudukan hitam yang lemah di sebelah Queenside boleh dimanfaatkan oleh putih, terutamanya Rook yang sudah berada dalam keadaan bersedia di lajur c dan d. Dalam kedudukan di sebelah, hitam baru sahaja menggerakkan 17... h6? yang membolehkan putih melakukan fork dengan gerakan 18. Nb5! Menyerang Queen dan pawn a7, serta memanfaatkan kelemahan hitam di petak d6. 18…Qb6 19. Nbd6+ Fork! 19…Kb8 20. Nxe8. Tetapi Wei Qi bernasib baik apabila putih bermain 18. Nxf6 Nxf6. Akhirnya beliau menang selepas lawan melakukan kesilapan kerana memberikannya satu piece percuma.
Kesimpulan pusingan kedua, KL mendapat jumlah keseluruhan 19.5 mata. Masih dikira baik kerana perbezaan yang tidak jauh dari pusingan pertama. Esok menjanjikan aksi yang lebih menarik kerana lawan untuk esok sudah pasti semakin sukar. Balik ke hotel, selepas makan malam, latihan dan analisis untuk setiap pemain dijalankan seperti biasa. Malam ini kami berlatih di bilik seminar Hotel Regal Court. Terima kasih kepada ibu kepada Wong Jian Wen kerana sudi membantu mencari tempat latihan yang sesuai...

No comments:
Post a Comment