Tuesday, December 11, 2007

Hari Ketiga (6 Jun 2007) Rabu

Hari ini, dua lagi pusingan akan berlangsung, iaitu pusingan ketiga dan keempat. Harap-harap, kecemerlangan semalam bersambung lagi hari ini. Tetapi, satu hakikat yang harus diterima iaitu saingan akan semakin sengit, lawan yang dihadapi semakin kuat, maka mata yang diperolehi akan semakin kurang. Jangan risau, cuba dahulu baru tahu. Selamat berjuang!

Pusingan Ketiga (8:30 pagi)
Lelaki bawah 12, sekali lagi Wong Jian Wen menjadi tumpuan. Lawan kali ini ialah Chiang Ye John dari Selangor. 3 kali berturut-turut mendapat lawan dari Selangor. Dan sememangnya beliau telah berjaya menjalankan tugas dengan baik apabila menang bergaya menewaskan Chiang Ye John dengan 19 gerakan sahaja. Ini membolehkan Yeap Eng Chiam dan Albert Ang terus berada di papan hadapan. Terima kasih Jian Wen! KL mendapat mata penuh, 4 mata.
Wong Jian Wen – Chiang Ye John (Pertahanan Sicilian, Najdorf) 1.e4 c5 2.Nf3 d6 3.d4 cxd4 4.Nxd4 Nf6 5.Nc3 e5 6.Nb3 Be6 7.f3 Be7 8.Be3 a6 9.Qd2 b5 10.0–0–0 Nbd7 11.g4 h6 12.h4 Bxb3 13.axb3 Qa5 14.Kb1 0–0? [“Castling into it” memetik kata-kata Bobby Fischer! Hitam sudah tahu bahawa putih akan menyerang Kingside berdasarkan kedudukan pawn g4 dan h4, sepatutnya hitam cuba menangguhkan castling kingside. Mungkin hitam boleh mencuba untuk terus menyerang Queenside dengan 14...Nc5!?] 15.g5 hxg5 [Hitam tidak boleh memberi peluang untuk putih membuka lajur h! Mungkin boleh cuba buat serangan balas bermula dengan 15...b4 16.Na2 dan 16...Nh5 masih boleh bertahan, meskipun putih sudah mempunyai kelebihan] 16.hxg5 [Lajur h sudah terbuka! Petak h7 dan h8 menjadi sasaran.] 16...Ne8 (Lihat Diagram) [Knight yang melindungi petak h7 sudah lari! Tiada petak yang sesuai untuk berundur, sekiranya 16...Nh7 17.Qh2!] 17.Nd5 [Sepatutnya putih terus bermain 17.Qh2 kerana King Hitam sudah berada dalam mating net! Boleh pilih untuk checkmate di petak h7 atau h8. 17...f5 18.g6! menutup terus peluang King untuk lari dan check mate sudah tidak dapat dihalang lagi] 17...Qd8 [Queen berundur untuk membantu pertahanan] 18.Qh2! f5 19.g6 mating net! Perhatikan kedudukan semua pieces hitam berada di baris pertama dan kedua dan hanya mampu melihat dan tidak mampu membantu mempertahankan King daripada checkmate! Putih juga mampu menang dengan lebih bergaya dengan gerakan 19.Qh7+! 1–0
Yeap Eng Chiam – Kiu Toh Shen (Sarawak) Ruy Lopez, Exchange Variation (Lihat Diagram) Hitam baru sahaja menggerakkan 21...Nc4. Putih telah memenangi 1 piece secara fork pada gerakan ke-12, tetapi hitam masih terus mahu bermain dan menyerang putih. Apakah gerakan putih untuk terus memaksa hitam menyerah kalah? Putih bermain 22.Qc3! menyerang Nc4 dan sekiranya Knight itu berundur 23.Ne6 fork! 1-0
Lelaki bawah 15, pairing kali ini agak mengecewakan. KL bertemu KL. Izz lawan Tan Ken Wei, berkesudahan seri. Justin Ong dan Lim Zhuo-Ren meneruskan penguasaan. Edward Lee dari Selangor sekadar seri menentang Evan Timothy Capel dari Pulau Pinang. KL mendapat 3 mata.
Tan Yik Sheng (P.Pinang) – Lim Zhuo Ren (Pertahanan King Indian), mereka telah bermain sehingga sampai kepada fasa akhir permainan, Knight berlawan dengan Bishop. Ketenangan Zhuo Ren mengendalikan pertarungan fasa akhir memberikan KL 1 mata berharga. (Lihat Diagram) Putih baru sahaja menggerakkan 46.Nxe5. Hitam sedang berusaha menolak pawn Queenside menjadi Queen manakala passed pawn putih di lajur d telah dikawal oleh King dan Bishop. Putih telah menggerakkan 46...Kxb5 memberikan hitam 2 connected passed pawn. Permainan bersambung dengan 47.Nxg6? Kesilapan putih membawa padah kerana Knight itu sudah terlalu jauh untuk menyekat pawn Queenside daripada menjadi Queen. Hitam bermain 47...a4! 48.Kd3 [Berusaha untuk menyekat pawn] 48...a3! 0-1 kerana petak a1 dan b2 telah dikawal oleh Bishop! Bravo Bishop...
Lelaki bawah 18, Alex Gan kecundang di tangan Lim Wei Yang dari Pulau Pinang. Namun Kamal Firdaus dan Khandhar Kaushal masing-masing menewaskan lawan dari Pulau Pinang iaitu Victor Hong dan Thong Yung Chen. Matthew Cheah kali ini berjaya mendapat satu mata berharga. 3 mata buat KL.
Mohd Salleh Baba (N.9) – Matthew Cheah (Pertahanan Sicilian, Variasi Dragon). Permainan bermula dengan pertahanan Sicilian Variasi Dragon, namun putih memilih untuk castling di Kingside, memberi sedikit kelegaan kepada hitam daripada serangan bertali arus oleh putih. Kebiasaannya putih memilih untuk castling di Queenside supaya pawn putih dapat digerakkan ke petak g4 dan h4 untuk terus menyerang kedudukan King hitam. (Lihat Diagram) Hitam baru sahaja menggerakkan 36...R2d4. Putih kelihatan akan kehilangan Knight kerana diserang oleh Rook dan Queen. Namun kedudukan King hitam yang terbuka memberikan ruang kepada putih untuk mencari seri dengan melakukan check berulang kali. Apakah gerakan terbaik untuk putih? Putih telah menggerakkan 37.Qg3? Qxg3 38.Kxg3 Rg8+ 39.Kf3 dan Knight tersebut akhirnya berjaya ditawan dan hitam telah memenangi permainan. Gerakan yang amat penting dalam situasi ini ialah 37.Qg5! kerana memanfaatkan kelemahan hitam di garisan serong a1-h8 yang membolehkan putih melakukan check. Sekiranya 37...Qxh4 38.Qe5+ Kg8 39.Qe6+ Kf8 40.Qf5+ Kg8, King terpaksa kekal di baris 8, sekiranya King hitam bergerak ke baris 7, 40...Kg7 akan membolehkan putih melakukan checkmate 41.Rc7+ Kg8 42.Qf7+ dan 43.Qg7 mate. Gerakan 37.Qg5 sangat sukar dikesan, dan sekiranya gerakan itu ditemui, KL akan kehilangan setengah mata lagi...
Perempuan bawah 12, Tan Li Ting menghadapi ujian getir bertemu pemain Selangor, Nabila. Beliau tewas. Ting Shu Jie meraih kemenangan pertama beliau. Yap Ern Yee meneruskan cabaran apabila turut meraih satu mata. Chua Yee Teng terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri bertemu Zahidah dari Melaka. Hanya 2.5 untuk KL. Hoh Tjin Li dari Pulau Pinang berjaya mencuri separuh mata dari Amira Syahmina (Selangor).
Perempuan bawah 15, Hazel Wong dan Lee Joo Hui mengembalikan keyakinan pasukan apabila mendapat kemenangan. Teh Kai Wen hanya sekadar seri dengan Afizan dari Perak, sementara Kaiyisah pula tewas mengejut kepada pemain Kelantan, Nur Aifaa. 2.5 mata buat KL.
Perempuan bawah 18, kegembiraan semalam tidak berulang lagi. Kuan Kit Leng dan Chia Yoon Yoong tewas sementara Yeap Khuan Yee hanya mampu seri dengan pemain Sarawak, Felicia Woon. Hanya Chan Wei Qi yang menang pada pusingan ini. KL mendapat 1.5 mata.
Kesimpulan pusingan ketiga, KL mengalami banyak kekalahan yang tidak dijangka. Kami hanya mampu mengumpul 16.5 mata pada pusingan ini. Pemain diminta berkumpul untuk taklimat dan persediaan pusingan berikutnya. Naik bas, balik hotel, makan tengahari dan rehat. Pusingan yang berikut sudah pasti lebih mencabar.

No comments: