Mengantuk, itulah komen kebanyakan pemain. Mungkin kerana penat, mungkin kerana kalah, itulah cabaran yang mesti diatasi. Pastikan diri sendiri mendapat rehat yang cukup. Bas pula bertolak lewat ke Dewan Suarah, tiba lewat, dalam keadaan kelam kabut, tanpa sempat menenangkan emosi dan fokus pemain, mereka terus masuk ke dalam dewan...
Lelaki bawah 12, kejutan terbesar MSSM berlaku jua. Apa yang saya takuti akhirnya berlaku. Yeap Eng Chiam tewas kepada Muhammad Hafizi dari Perak. Wong Jian Wen seri dengan Elgin Lee (P. Pinang) sementara Albert Ang dan Lim Chin Shen meneruskan kecemerlangan kategori ini. 2.5 mata buat KL.
Lelaki bawah 15, kejutan juga berlaku buat KL. Pairing ini sekali lagi menemukan KL bertemu KL iaitu Izz lawan Justin Ong. 2 kali berturut-turut Izz bertemu sesama pemain KL. Kemenangan berpihak kepada Justin Ong. Lim Zhuo Ren tewas kepada Syakir (Selangor) sementara Tan Ken Wei membalas semula kekalahan itu dengan menang ke atas Edward Lee (Selangor). Hanya 2 mata buat KL.
Lelaki bawah 18, 3 pemain KL seri dengan lawan masing-masing. Kamal seri dengan Waqqash (Sarawak), Alex Gan seri dengan Nawawi (Johor) sementara Matthew Cheah seri dengan Fakhrurrazi (Selangor). Hanya Kaushal yang berjaya mendapat satu mata penuh. Kejutan berlaku sekali lagi apabila Leong Zhi Wen berjaya mencuri setengah mata ketika bertemu FM Anas (Melaka). KL hanya mendapat 2.5 mata.
Perempuan bawah 12, Ting Shu Jie bertemu rakan sepasukan Tan Li Ting berkesudahan Tan Li Ting menang. Chua Yee Teng masih belum dapat melupakan kekalahannya semalam apabila terus kecundang kepada Iryani (Terengganu). Yap Ern Yee pula hanya sekadar seri dengan Hidayah (Melaka). 1.5 mata buat KL.
Perempuan bawah 15, Hazel Wong gagal menyekat kemaraan Kwan Tszee Yeung (Johor). Begitu juga dengan Teh Kai Wen yang tewas kepada Nas Adhalyn (N.9). Hanya Kaiyisah dan Lee Joo Hui yang memenangi perlawanan masing-masing. KL hanya mendapat 2 mata.
Perempuan bawah 18, Chia Yoon Yoong bertemu rakan sepasukan Yeap Khuan Yee yang berkesudahan seri. Chan Wei Qi ditumpaskan oleh Maryam Fadhilah (Selangor) sementara Kuan Kit Leng terus ceria apabila menewaskan Nurul Huda (Perak). 1.5 mata buat KL. Kejutan terbesar berlaku apabila Wan Khye Teng berjaya diikat untuk seri dengan pemain Johor, Yee Min Ni.
Kesimpulan pusingan empat, pusingan ini merupakan kemuncak kepada kejatuhan mata bagi pasukan KL. KL hanya memperolehi 12 mata bagi pusingan ini. Sekiranya pada pusingan seterusnya masih kekal seperti ini, KL tidak akan menjadi juara keseluruhan. KL perlu bangkit segera dari kekalahan... Malam ini, kami melakukan latihan seperti biasa di KFC. Kelihatan dari tingkap KFC banyak gerai menjual makanan seperti pasar malam yang terus dikunjungi orang ramai. Mari kita berlatih, sambil makan ayam, sambil makan kuda, sedapnya...
No comments:
Post a Comment