Bangun pagi, badan masih terasa letih. Letih kerana melihat keputusan permainan semalam, letih juga kerana latihan malam tadi yang habis lewat. Latihan di KFC juga tidak berapa selesa kerana suasana yang agak bising. Pusingan kelima pasti lebih mencabar. KL perlu bangkit hari ini!
Pusingan Kelima (8:30 pagi)
Lelaki bawah 12, Albert Ang akan bertemu pemain yang menewaskan Yeap Eng Chiam semalam. Albert dan Muhd Hafizi (Perak) masing-masing masih kekal dengan mata penuh dan belum pernah tewas. Sementara Lim Chin Shen bertemu Wong Hao (P. Pinang). Kedua-dua mereka masih belum pernah tewas dan hanya seri sekali. Yeap Eng Chiam, ibarat singa yang terluka, akan mencari mangsa baru hari ini. Beliau bertemu dengan Yeoh Li Tian dari Selangor. Wong Jian Wen, hero yang berjaya mengekang 3 pemain Selangor bertemu dengan Mohd Aslam (Kelantan). Gembira melihat 3 papan utama dikuasai oleh pemain KL. Ketiga-tiga mereka bermain putih. Keputusan yang agak menggembirakan, Albert dan Yeap Eng Chiam meneruskan cabaran dengan mendapat mata penuh sementara Lim Chin Shen seri dan Wong Jian Wen tewas. 2.5 mata untuk KL.
KL mendahului pasukan lain bagi acara berpasukan dengan mendapat 16 mata diikuti oleh P. Pinang dengan 14 mata. Albert Ang terus mendahului carta kedudukan dengan mendapat 5 mata penuh. Syabas buat pemain lelaki bawah 12. Tinggal 2 lagi pusingan untuk mengekalkan kedudukan ini. KL Boleh!
Yeap Eng Chiam - Yeoh Li Tian (Pertahanan Caro-Kan) 1.e4 c6 [Pada perlawanan pusingan 1, Yeoh Li Tian bermain hitam ditewaskan oleh Wong Jian Wen dengan menggunakan pertahanan yang sama. Kali ini, kita lihat apakah pembaharuan yang akan dilakukan oleh Li Tian ketika menentang Eng Chiam pula] 2.d4 d5 3.Nc3 dxe4 4.Nxe4 Bf5 [Classical Variation] 5.Ng3 Bg6 6.h4 h6 7.h5 Bh7 8.Nf3 Nf6 9.Bd3 Bxd3 10.Qxd3 e6 [Kedudukan yang sama semasa bertemu Jian Wen, tetapi Li Tian bermain 8...e6 ketika bertemu Jian Wen] 11.Bd2 Bd6 12.Ne4 Nxe4 13.Qxe4 Nd7 14.0–0–0 Nf6 15.Qe2 Qc7 16.c4 0–0–0 17.Kb1 [Di sini Eng Chiam menggerakkan King sedangkan Jian Wen bermain 17.Ne5] 17...Nd7 18.Rhe1 Rhe8 19.Bc3 f6 20.d5 (Lihat Diagram) [Gerakan yang penting. Ia membuka ruang untuk Bishop dan Rook menyerang kubu putih dan dalam masa yang sama merosakkan pawn centre hitam.] 20...e5 [Bishop hitam dikurung oleh pawnnya sendiri] 21.Rc1 Nb6 [Memberikan ruang untuk putih melakukan fork di petak c5?] 22.Nh4 [Mungkin lebih baik terus bermain 22.Ba5 pin dan dalam masa yang sama bersedia untuk menolak pawn ke petak c5] 22...Kb8 23.Ba5 Qe7 [Lebih baik 23...cxd5 kerana King sudah bergerak ke b8 dan tiada pin oleh Rook 24.cxd5 Qf7] 24.Nf5 [Gerakan Queen sebentar tadi memberikan tempo kepada Knight untuk masuk menyerang Queen sambil menceroboh kubu putih. Perhatikan pawn g7 menjadi pawn backward yang bermasalah kerana perlu dilindungi oleh piece yang lain, kelebihan untuk putih pada permainan fasa akhir] 24...Qf8 25.Nxd6 Qxd6 26.c5 [Akhirnya putih dapat juga melakukan fork dan memenangi 1 piece!] 26...Qxd5 27.Red1 Qe6 28.cxb6 a6 29.Bb4 [Mengawal petak gelap terutamanya petak d6] 29...Qf5+ 30.Ka1 Qe6 31.a3 f5? [Melemahkan pawn e5] 32.Rxd8+ Rxd8 33.Rd1 Re8 34.Rd6 [Putih sudah mula memasuki kubu hitam] 34...Qf7 (Lihat Diagram) [Queen sudah berundur. Bagaimanakah cara putih memanfaatkan kelemahan hitam di baris belakang?] 35.Qxe5! [Gerakan yang membuktikan kemahiran taktikal yang dimiliki oleh Yeap Eng Chiam!] 1–0
Lim Chin Shen – Wong Hou (Pertahanan Caro-Kan) (Lihat Diagram). Chin Shen bermain putih duduk di sebelah Yeap Eng Chiam yang turut bermain putih menentang Li Tian. Li Tian dan Wong Hou kedua-duanya bermain pertahanan yang sama iaitu Caro-Kan! Permainan mereka hanya mula berbeza pada gerakan ke 11 namun idea permainan masih sama iaitu bagaimana putih memanfaatkan kelebihannya menguasai petak d6. Dalam permainan di atas, hitam baru sahaja melakukan sacrifice Nxc4 untuk membolehkan Queen hitam menawan pawn di petak h7, Qxh7. Kelebihan sudah berada di tangan putih kerana dengan gabungan Queen dan Bishop, putih boleh menawan pawn hitam satu demi satu. Namun, putih telah melakukan kesilapan yang mengakibatkan permainan berkeputusan seri. Putih menggerakkan 36.Qc2? dengan idea untuk menukar Queen dan menggunakan Bishop untuk menawan pawn hitam satu demi satu. Hitam terus mengambil peluang dengan gerakan 36...Qxc2! seri! Ini kerana Bishop putih tidak mampu untuk menawan pawn hitam selepas hitam meletakkan semua pawnnya di petak putih. Apakah gerakan terbaik putih dalam kedudukan ini? 36.Qd4+! dan King tiada tempat yang baik untuk berlindung. Sekiranya 36...Kc7 37.Bf4+ Kc8 38.Qe5 (melindungi petak h8 daripada digunakan oleh Queen hitam untuk melakukan check sambil mengancam melakukan mate). Sekiranya 36...Ke8 37.Qxa7. Sekiranya 36...Ke7 37.Bg5+ Kf8 38.Qd8+ Kg7 39.Bf6+ Kg6 40.Qd3+!, 36...Kc8 37.Bf4.
Wong Jian Wen – Muhd Aslam (Lihat Diagram). Hitam baru sahaja menggerakkan 22...Kg8 untuk menawan Knight putih. Putih sudah memiliki kelebihan 2 pieces sepatutnya mudah untuk memenangi perlawanan ini. Namun kesilapan perkiraan putih ketika menyerang menyebabkannya tertewas. Apakah gerakan terbaik untuk putih dalam kedudukan ini? Wong Jian Wen telah menggerakkan 23. Qf4 sedangkan gerakan terbaik untuk terus menang ialah 23.Bh6! Hitam terpaksa melindungi Queen dari serangan Rook di petak a1 dan dalam masa yang sama perlu melindungi checkmate di petak g7. Hitam akan menggerakkan 23...Qe7 24.Re1! untuk terus menghalang Queen daripada melindungi petak g7. Ini kerana putih mengancam untuk melakukan check dengan Be6+ seterusnya Qxg7 checkmate. 24...Qf8 25.Rxe8 Nxe8 26.Ng6! dan putih boleh meneruskan permainan dengan kelebihan piece.
Lelaki bawah 15, Justin Ong Way berdepan Syakir (Selangor). Kedua-dua mereka masih kekal dengan 4 mata penuh dan belum tewas. Tan Ken Wei turut berdepan pemain Selangor, Muhd Tariq. Kedua-dua mereka hanya kehilangan setengah mata dan belum pernah tewas. Lim Zhuo Ren berdepan Chai Juan Zhe (Johor) sementara Izz berdepan Zuhairi (Putrajaya). Keputusannya membuatkan kami tersenyum lebar. Justin Ong menewaskan Syakir, begitu juga dengan Tan Ken Wei, Lim Zhuo Ren dan Izz. Rasa hilang penat di badan. 4 mata penuh untuk KL!
KL mendahului pasukan lain dengan mendapat 17 mata diikuti oleh Selangor, 15 mata. Justin Ong berada di kedudukan pertama diikuti oleh Tan Ken Wei. Syabas KL! 2 pusingan lagi, pasti boleh dapat emas!
Syakir – Justin Ong (Pertahanan Sicilian, Variasi Najdorf) 1.e4 c5 2.Nf3 d6 3.d4 cxd4 4.Nxd4 Nf6 5.Nc3 a6 [Variasi Najdorf merupakan antara variasi yang tajam dan pemain tidak boleh melakukan kesilapan dalam fasa pembukaan kerana ia boleh membawa kepada kekalahan. Oleh itu, pemain perlu berhati-hati dengan setiap gerakan yang dibuat. Variasi ini telah digunakan dengan jayanya oleh pemain seperti Bobby Fischer dan Kasparov.] 6.Bg5 [Pilihan putih yang menunjukkan bahawa putih akan menyerang hitam habis-habisan. Syakir mahu menang! Terdapat pilihan lain seperti 6.Bc4, 6.f4, 6.Be2, 6.Be3 dan beberapa pilihan lain lagi.] 6...e6 [Putih mengancam untuk merosakkan struktur pawn putih dengan Bxf6. Sekiranya 6...e5 7.Nf5!? akan memberikan putih kawalan di petak tengah dibantu dengan pin yang kuat oleh Bishop.] 7.f4 Be7 8.Qf3 Qc7 [Gerakan yang penting. Ia bertujuan untuk mengelakkan Queen daripada terdedah pada lajur d, menjaga petak e5 sambil mengelakkan putih bermain 9.Bc4. Bandingkan sekiranya 8...Nbd7 9.Bc4! mengancam untuk melakukan sacrifice di petak e6! Sekiranya hitam terus menyerang dengan bermain 8...b5, 9.e5! menyerang Rook a8.] 9.0–0–0 b5 (Lihat Diagram) [Nampaknya hitam tidak mengikut susunan gerakan yang sepatutnya iaitu 9...Nbd7. Knight penting untuk melindungi petak e5. Hitam terlalu bersemangat untuk menyerang! Bagaimanakah cara putih menghukum kelalaian hitam?] 10.Bd3 [Sepatutnya putih menghukum hitam dengan bermain 10.Bxf6! gxf6 (Sekiranya 10...Bxf6 pawn e6 menjadi lemah 11.e5! dxe5 12.Ndxb5! axb5 13.Bxb5+ Nd7 14.Rxd7 Rook hitam di petak a8 tidak dilindungi!)] 10...b4 [Hitam satu tempo di hadapan. Gerakan pawn itu telah mengganggu kestabilan queenside putih.] 11.Nce2 Bb7 [Pin pawn e4.] 12.Kb1 Nbd7 [Gerakan yang sepatutnya dibuat pada gerakan ke-9.] 13.Nb3 Rc8 [Hitam menguasai lajur c dan bersedia untuk melancarkan serangan ke kubu putih!] 14.h3 [Gerakan yang perlahan. Putih perlu cepat mencari counter-play. Ideanya ialah untuk mengawal petak g4 daripada diduduki oleh Knight.] 14...a5 [Ombak serangan datang tanpa henti.] 15.Qe3 [Putih terkial-kial cuba melepaskan Queen dari di-pin oleh Bishop.] 15...e5 [Hitam sepatutnya terus melancarkan serangan di Queenside dengan 15...a4] 16.f5 a4 17.Nd2 d5 18.Bxf6 Nxf6 19.Rc1 [Berundur untuk membantu pertahanan.] 19…0–0 20.Qf3 [Mengapa perlu Queen masuk semula ke dalam pin? Mungkin putih boleh terus bermain 20.g4] 20...Rfd8 [Mengawal lajur d] 21.Rhf1 Kh8 [Hitam tidak perlu membuang masa. Mungkin boleh teruskan dengan 21...a3.] 22.g4 dxe4 23.Nxe4 (Lihat Diagram) 23...Qc6 [Gerakan yang kurang tepat. Sepatutnya hitam boleh terus menang dengan 23...b3! memanfaatkan kelemahan pawn c2 dan garisan lintang b1 – e4. Sekiranya 24.cxb3 Rxd3! 25.Rxc7 Rxc7 26.Qxd3 Bxe4!; Sekiranya 24.a3 bxc2+ 25. Bxc2 Qxc2+! 26. Rxc2 Bxe4; Mungkin 24.Qe3 mampu bertahan 24...Bxe4 25.Bxe4 bxa2+ 26.Ka1 Rb8] 24.N2g3 Qd5 [Gerakan yang lebih kuat ialah 24...a3!, sekiranya 25.g5 axb2 26.Kxb2 Ra8 27.gxf6 Rxa2+!] 25.Ng5 [Putih boleh membuat counter-attack dengan 25.g5 Ne8 26.f6] 25...Qxf3 26.Nxf3 e4 27.g5 [Putih boleh cuba 27.Ng5 meskipun hitam sudah mempunyai kelebihan di sini] 27...exd3 28.gxf6 Bxf6 [Hitam mempunyai sepasang Bishop yang sangat kuat berbanding dengan 2 Knight putih] 29.cxd3 Ba6 [Lebih baik 29...Rxc1+ 30.Kxc1 Rxd3 31.Re1] 30.Rxc8 Rxc8 [Lebih mudah 30...Bxd3+ 31.Rc2 b3 32.axb3 axb3] 31.Rd1 Rd8 32.Ne1 Bh4 33.Ne4 Bxe1 34.Nc5 Bc8 35.Rxe1 Bxf5 36.Re3 g6 37.b3 axb3 38.axb3 Rd5 39.Na4 Bxd3+ 40.Kb2 Bf5 41.Nb6 Rd2+ 42.Kc1 Rc2+ 43.Kd1 Rh2 44.Nd5 Bxh3 45.Nxb4 Be6 46.Nc2 h5 47.b4 h4 48.b5 h3 49.b6 Bd5 50.Ne1 Kg7 51.Nd3 g5 52.Rg3 Kf6 53.Ne1 Rh1 54.Ke2 (Lihat Diagram) Apakah langkah terbaik hitam untuk memaksa putih menyerah kalah? 54...Rxe1+! 55.Kxe1 h2 0–1
Lelaki bawah 18, Kaushal bermain di papan pertama berdepan Lim Wei Yang (P. Pinang). Kedua-dua mereka masih belum tewas. Kamal berada di papan kedua menentang Syazwan (Terengganu). Alex Gan menentang Tang Wei Chiat (Selangor) dan Matthew Cheah menentang Nawawi (Johor). Sekali lagi kami tersenyum lebar. Hanya Kaushal yang mendapat keputusan seri sementara yang lain mendapat kemenangan. 3.5 mata untuk KL!
KL dan P.Pinang terikat dengan 15.5 mata bagi acara berpasukan diikuti oleh Selangor yang mendapat 12.5 mata. Kaushal masih mendahului acara individu dan Kamal mengekori rapat di tempat ketiga. Pingat emas tidak mustahil untuk dicapai!
Perempuan bawah 12, Yap Ern Yee hanya sekadar seri menentang Quratul Ain (Melaka). Tan Li Ting dan Chua Yee Teng kembali mendapat sentuhan apabila menewaskan lawan masing-masing. Ting Shu Jie masih belum bersedia sepenuhnya apabila tewas kepada lawan dari Kelantan. Keseluruhannya KL hanya mendapat 2.5 mata.
Kategori ini didominasi oleh Selangor yang terus unggul bagi acara berpasukan dengan 16 mata diikuti oleh P. Pinang yang mendapat 12 mata. Sarika (Pahang) terus mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Vickie Hong (Selangor). Beliau diekori rapat oleh Puteri Rifqah (Selangor) yang mendapat 4.5 mata.
Perempuan bawah 15, Latifah Kaiyisah yang bermain di papan 4 tewas kepada pemain Perlis, Siti Nuradila. Lee Joo Hui sekadar seri menentang pemain Terengganu, Siti Nor Raihan sementara Hazel Wong dan Teh Kai Wen berjaya mendapat mata penuh. 2.5 mata buat KL.
Pasukan P. Pinang mendahului dengan mendapat 15 mata diikuti oleh Johor dengan 14 mata dan KL dengan 13.5. KL masih boleh terus mengejar pendahulu. Masih berbaki 2 lagi pusingan. Kejutan berlaku apabila Kwan Tszee Yeung (Johor) berjaya seri dengan Alia (Melaka). Ini menjadikan 3 pemain terikat di tempat pertama dengan 4.5 mata iaitu Alia, Kwan Tszee Yeung dan Charlene Chai.
Perempuan bawah 18, kelihatan mereka ceria masuk ke dalam dewan. Moga keceriaan itu diterjemahkan dengan kemenangan. Chan Wei Qi, bermain di papan ketiga menundukkan Yee Min Ni (Johor), begitu juga dengan Yeap Khuan Yee, Chia Yoon Yoong dan Kuan Kit Leng. 4 mata buat KL!
Acara berpasukan didahului oleh KL dengan mendapat 15.5 mata diikuti oleh Sarawak dengan 14 mata. Momentum kemenangan ini perlu dikekalkan bagi 2 pusingan berikutnya sekiranya ingin memenangi pingat emas. Wan Khye Theng berjaya diikat untuk sekadar seri oleh Felicia Woon (Sarawak). Pusingan ini didahului oleh Yeoh Hui Wen (Kedah) dengan mendapat 5 mata penuh.
Kesimpulan pusingan kelima, KL berpeluang memenangi pingat emas acara individu lelaki 12, 15 dan 18. Bagi acara berpasukan, semua kategori masih berpeluang untuk memenanginya. Ada 2 lagi pusingan, selamat berjuang!

No comments:
Post a Comment