Tan Ken Wei (SMK Seri Hartamas) - Justin Ong Way (SMK Victoria), Pusingan 2, Berpasukan, 12.02.2008
1.e4 c5
(Diagram) Pertahanan Sicilian, merupakan antara pertahanan yang popular dimainkan di negara kita. Gerakan hitam ...c5 bukan hanya untuk merebut petak tengah iaitu d4, tetapi lebih kepada membuka peluang hitam melakukan counter-attack pada sayap Queen. Oleh itu, putih akan lebih menumpukan serangan kepada sayap King sementara hitam sebaliknya, iaitu pada sayap Queen. Permainan Sicilian menjadi sangat menarik kerana kita boleh melihat bagaimana putih dan hitam saling melancarkan serangan dan serangan balas...
1.e4 c5
2.Nf3 d6 3.d4 cxd4 4.Nxd4 Nf6 5.Nc3 a6 (Diagram)
6.Bg5 Serangan ini merupakan antara serangan yang perlu dipelajari dan difahami oleh pemain-pemain pertahanan Najdorf. Ia merupakan antara serangan yang tajam dan kedua-dua belah pihak tidak boleh melakukan sebarang kesilapan dalam susunan gerakan kerana dengan 1 kesilapan sahaja ia boleh mengakibatkan kekalahan.
7...Be7 8.Qf3 Gerakan yang baik untuk menguasai center dan juga diagonal a8-h1. Hitam tidak boleh sewenang-wenangnya bermain ...b5 kerana ada gerakan e5! menyerang Knight f6 dan Rook a8. [ Sekiranya putih cuba develop Bishop dengan cara 8.Bd3 h6 9.Bh4 Nxe4! dan sekali lagi Bishop putih akan tertewas dan hitam mendapat kelebihan 1 pawn.]
9.0-0-0 King safety dan bersedia untuk melancarkan serangan!
9...Nbd7 Develop Knight untuk support f6 dan e5, sambil berusaha untuk mengosongkan c-file untuk digunakan oleh Rook untuk menyerang King putih.
10.Bd3 Ini ialah antara gerakan yang popular pada tahun 70-an. Alternatif lain ialah bermain 10.g4. Putih cuba membawa Bishop ke petak yang strategik dan membawa Rook ke tengah-tengah medan pertempuran!
11.Rhe1 Gerakan yang agresif untuk melindungi pawn e4 sambil membawa Rook ke tengah-tengah medan pertempuran, mengintai kedudukan King Hitam yang masih belum castling dan menyerang kedudukan King hitam dengan bermain e5. Hitam mengancam untuk menggerakkan ...Bb7 dan ...b4 untuk menyerang pawn e4 sambil merancang serangan di kubu putih. Dalam situasi ini, putih perlu develop dengan pantas tanpa membuat gerakan yang lambat kerana sebarang kesilapan akan menjadikan putih ditekan untuk menahan serangan terhadap petak e4 dan menjadikan putih pasif. Gerakan 11.g4 juga boleh dimainkan, begitu juga dengan gerakan a3 dan Kb1, namun selepas hitam menyusun semula bala tenteranya, putih tidak akan dapat menahan kemaraan pawn b4 dan a5.
12.Qg3 Putih boleh bermain 12.Nd5 di sini tetapi komplikasi yang terhasil masih lagi tidak menunjukkan bahawa putih boleh mendapat kelebihan, malah mungkin boleh membawa kepada seri. Gerakan 12.Qg3 adalah penambahbaikan kepada gerakan 12.Nd5. Ini kerana sekiranya hitam castling queenside, putih mempunyai sacrifice yang berbahaya di petak b5. Oleh itu, hitam terpaksa bermain 12...b4 dan barulah putih bermain 13.Nd5 sacrifice Knight. Malangnya, menurut GM John Nunn, versi gerakan ini belum mencukupi untuk menang, mungkin hanya membawa kepada seri... mari kita lihat kebenaran kata-kata John Nunn ini!
12...b4 Forced. Hitam tidak boleh castling Queenside kerana ada sacrifice di petak b5.
14.exd5 [ Biasanya putih bermain 14.e5 dxe5 15.fxe5 Nh5 16.e6 Sacrifice Queen! tetapi ia hanya membawa akan membawa kepada keputusan seri... 16...Nxg3 17.exf7+ Kxf7 18.Rxe7+ Kg8 19.hxg3 Qxg3 20.Ne6 Qe5 21.Rf1 Nf8! 22.Bf5 Bc8 23.Re8 Kf7 24.Re7+ Kg8=]
14...Kd8 Hitam hilang peluang untuk castling. King hitam akan terperangkap di tengah-tengah medan pertempuran. Persoalannya, mampukah hitam bertahan dalam position ini dengan kelebihan 1 piece?
15.Nc6+ Gerakan yang dipilih oleh Tan Ken Wei... Putih memaksa hitam untuk menukar pieces, sedangkan putih sepatutnya terus menyerang kedudukan hitam! Putih boleh bermain sama ada 15.Rxe7 ataupun 15.Qe3 untuk terus menekan kedudukan Be7.
15...Bxc6 Knight putih yang berbahaya di petak d4 telah ditukarkan dengan Bishop hitam yang pasif di petak b7... satu kelegaan buat hitam.
18.Bh4 Putih mengancam untuk mengambil pawn g7 dan seterusnya mengkucar kacirkan kingside hitam.
18...Kc8?? [Hitam sepatutnya tidak membiarkan kingsidenya dirosakkan oleh putih. Lebih baik hitam bermain 18...g6 19.Rxe7 Qxe7 20.Qg5 Kc7 21.Qxf6 Qxf6 22.Bxf6 Hitam memberi semula 1 piece kepada putih, namun hitam sudah ada sedikit kelebihan untuk bermain ending.]
19.Qxg7 Kingside hitam sudah hancur, dan putih sekarang sedang mengawal permainan. 19...Nfe4 20.Bd5 Melindungi pawn c6, dan pawn itu akan menyukarkan gerakan King hitam. 20...Rd8 21.Bxe7 [Mungkin putih boleh mencuba 21.Qg4+!? Kb8 22.Bxe4 Bxh4 23.Qxh4 Nxe4 24.Rxe4 a5]
21...Qxe7 22.c7 Discovered attack
22...Kxc7 23.Bxa8 [Antara cara lain untuk menang ialah 23.Rd4!? Qf6 24.Qxf6 Nxf6 25.Re7+ Ncd7 26.Rc4+ Kb6 27.Bxa8 Rxa8 28.Rxb4+ Kc7 29.Rc4+ Kd8 30.Rxf7+-]
26.Rxb4 Kc6?? Hitam masih lagi ingin bermain agresif, walaupun position hitam sepatutnya lebih baik bertahan.
28.Qg7 Qf5 29.g3 a5 30.Rd4 Ne6
32.a4+?? sepatutnya putih bermain 32.Rxd5+! Double attack 32...Qxd5 33.c4+ fork! Walau bagaimanapun putih masih menang sehingga gerakan yang ke-38, 1-0.
3 comments:
15.Nc6+ is the main line, and 21.Qg4+ would have been stronger as White nets a whole piece instead of the exchange. Maybe he forgot the king can take on c7?
11.Rhe1 actually to threaten 12.Nd5, and the main point of 12.Qg3 after 11...Bb7 is to play 13.e5, because the immediate 12.Nd5 is insufficient after 12...exd5 Kd8(Not 12...Bxd5? 13.Rxe7+ Kxe7 14.Qxd5) White does not have any Bh4 tricks and black has saved a tempo by not having to play b4. Therefore black must play 12...b4(otherwise white will play 13.e5 and play Bxe7 followed by a sacrifice on b5 with Bxb5,Ndxb5-d6+, with a crushing position) and practically force White to sacrifice his knight or he will lose the initiative.
If White plays 14.e5 instead of 14.exd5, White can actually force a draw with 14...de 15.fe Nh5 16.Qh4 Bxg5 17.Qxg5 g6 18.e6 Nc5(18...0-0? 19.exd7 followed by g4,h4,h5 and a Q+R battery along the h-file gives White a strong attack)19.ef+ Kxf7 20.Rf1+ Kg8(20...Ke8?? 21.Bxg6+! hxg6 22.Rde1+ Ne4 23.Qxg6+ Kd7 24.Rf7+ and the White Queen is stronger than the opposing Rook and 2 minor pieces because White's remaining pieces are better coordinated than their Black counterparts)21.Nf5 Ne6 22.Nh6 with perpetual check.
Post a Comment