Sunday, June 29, 2008

Keputusan Pertandingan Catur Taylor's Open 2008

22 Jun (Ahad) Pertandingan Catur Taylor's Open 2008 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Taylor's College, Subang Jaya. Seramai 60 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada kali ini. Kejohanan kali ini adalah hasil kerja keras daripada pelajar Taylor's College yang diketuai oleh Wan Khye Teng.
Johan pada pertandingan kali ini ialah Ian Udani yang telah mengumpul 6.5 mata daripada 7 pusingan. Tempat kedua dan ketiga menjadi milik Mohd Saprin dan NM Kamalariffin Wahiduddin yang mengumpul 6 mata.
Mohd Saprin dan NM Kamalariffin hanya tewas sekali kepada juara kejohanan kali ini iaitu Ian Udani.

Pertembungan Naib Juara dan Juara, Saprin vs Ian Udani...
NM Kamalariffin vs Kamaludin (K vs K)
NWM Nur Syazwani mendapat tempat ke-7...
I am lost in Hong Kong (Vietnam?)!

1 comment:

Anonymous said...

Whoever owns this blog, I would like to say that he has a great idea of choosing a topic.